Monday 21 December 2015

Projek Akhir: Temuduga

Ketua (Syarena), sedang memberi keterangan dan mengagihkan tugasan kepada ahli kumpulan





Sesi temuduga bersama senior pergigian tahun 4, Norsyahira Bt. Kamarudin






MASALAH ATAU CABARAN PERADABAN YANG DIFOKUSKAN : MASALAH SOSIAL REMAJA HARI INI 

LATAR BELAKANG RESPONDEN 

NAMA : NORSYAHIRA BINTI KAMARUDIN 
UMUR : 22 TAHUN 
ASAL: TAMAN PERMAI JAYA, AMPANG , SELANGOR
PEKERJAAN : BAKAL DOKTOR GIGI
TEMPAT LAHIR : HOSPITAL KUALA LUMPUR 

Pelan tindakan yang perlu dilakukan untuk hadapi cabaran akhir zaman bermula dari rumah . Ibu bapa haruslah mengawasi tindakan anak-anak dari masa ke masa . Ibu bapa haruslah mewujudkan konsep Islam . Misalnya , mengamalkan solat jemaah kerana ia dapat mengeratkan silaturahim keluarga serta dapat mengukuhkan tahap keimanan seseorang . Ibu bapa haruslah memberikan perhatian secukupnya terhadap anak-anak . Apabila , ibu bapa terlalu mengejarkan karier dan kekayaan duniawi mereka mengabaikan anak-anak mereka . Ini akan membawa kepada keruntuhan akhlak anak-anak muda zaman ini kerana mereka dahagakan perhatian kedua orang tua mereka . Seterusnya , pelan tindakan yang dapat dilakukan ialah remaja perlu memilih rakan yang subur dengan sifat mahmudah . Sahabat adalah cerminan diri kita . Dalam satu hari , kita meluangkan masa bersama kawan-kawan di sekolah , tempat kerja dan lain-lain,  lebih daripada bersama keluarga di rumah . Jikalau kita hendak lihat perangai kita , lihatlah kawan kita . Ini kerana apabila kita berkawan dengan orang yang mengingati Allah , secara automatik kita akan mengikutinya . Selain itu , pelan tindakan yang dapat dilakukan ialah menghantar anak-anak  ke sekolah agama supaya mendapat pendidikan agama yang sempurna untuk dijadikan pedoman untuk masa hadapan . Setiap masalah pasti ada puncanya , punca masalah ini datang daripada diri remaja tersebut . Fitrah seorang remaja ialah mereka suka mencuba sesuatu yang baharu . Apabila mereka tersasar dari landasan Islam , di situlah permulaan keruntuhan akhlak . Seperti yang kita dapat lihat berlaku sekarang ialah pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang membawa kepada maksiat . Akibatnya ialah pembuangan bayi semakin meningkat dari hari ke hari .

Kesimpulannya , masalah remaja ini perlulah ditangani dengan didikan agama yang secukupnya . Apabila pegangan agama seseorang itu teguh , maka mereka akan terhindar daripada lembah kehinaan . 



No comments:

Post a Comment