Monday 21 December 2015

Refleksi Mingguan

NUR AISYAH BINTI ROSLAN (2015218442)

REFLEKSI 2
Tamadun tidak boleh lari daripada sistem ketuhanan. Semakin dekat sesebuah masyakat kepada Tuhan, semakin membahagiakan tamadun tersebut. Hal ini juga mampu melahirkan tamadun yang harmoni, saling hormat menghormati antara satu sama lain dan mempunyai sikap intergriti yang tinggi. Seungguhnya, Allah tidak akan mengubah nasib kaum tersebut melainkan mereka sendiri yang mengubahnya.

REFLEKSI 3
Alam dan manusia saling behubung antara satu sama lain. Manusia perlukan oxygen untuk bernafas, pokok pula perlukan carbon dioxide daripada manusia untuk melakukan photosynthesis dan begitu juga disebaliknya. Tamadun Indus dan tamadun mesir ini bermula daripada tebing sungai yang mana merupakan tempat yang sangat sesuai untuk diijadikan kawasan dan seterusnya membangun dan menjadi sebuah tamadun yang besar. Berlakunya perkembangan ilmu, menjadikan masyarakat lebih bijak dan mampu membangunkan tamadun mereka.

REFLEKSI 4
Masyarakat tamadun Islam mencapai tahap kehalusan dengan berpegang kepada akidah, syariah dan akhlak. Adanya Al-quran dan as-sunnah sebagai pegangan hidup, melahirkan mukmin dan mukminat yang soleh lagi solehah. Sesungguhnya, kehalusan sesebuah masyarakat itu bermula daripada agama masing-masing. Hal ini kerana, mereka mempunyai arah hidup yang lebih jelas iaitu untuk mendapat keredhaan daripada Allah SWT.

REFLEKSI 5
Hari ini saya dapat mempelajari mengenai tentang golongan sekularisme. Golongan sekularisme ialah golongan yang meminggirkan agama sepenuhnya dari segala aspek kehidupan hal ini kerana mereka sangat mementingkan kebebasan sehingga sanggup meminggirkan agama mereka. Kita tidak patut mencontohi golongan tersebut kerana tanpa agama, tanpa Tuhan siapalah kita di dunia ini. Saya juga kagum dengan pemerintah zaman tersebut kerana mereka dipilih berdasarkan kualiti-kualiti yang terbaik yang ada pada diri mereka yang tiada siapa pun boleh pertikaikan kewibawaan mereka.

REFLEKSI 6
Selepas kewafatan baginda Rasulullah SAW, kerajaan Islam diperintah oleh Khulafa Ar-Rasyidin, seterusnya oleh Kerahaan Bani Umaiyah, Kerajaan Bani Abbasiyah dan kemudiannya kerajaan Tuki Uthmanitah. Apa yang menarik perhatian saya ialah, bagaimana ilmu pengetahuan tersebar dengan meluas pada zaman tersebut. Betapa para ilmuwan pada zaman tersebut sanggup berhijarah ke suatu tempat ke tempat yang lain semata-mata untuk mencari ilmu. Hal ini perlu disematkan dalam diri kami sebagai para pelajar yang masih menuntut ilmu. Bak kata pujangga,tuntutlah ilmu sampai ke negeri China.

REFLEKSI 7
Tamadun melayu banyak menerima pengaruh daripada tamadun luar. Oleh sebab itu juga, terdapat banyak teori kedatangan Islam ke tamadun Melayu. Hal ini juga membuktikan betapa masyarakat tamadun melayu sememangnya sudah dari awal lagi mempunyai hubungan baik kepada masyarakat tamadun. Tidak hairan lah Malaysia mempunyai rakyat yang pelbagai kaum dan berbilang bangsa.

NUR AFIQAH BINTI ROSMAN (2015209358)

REFLEKSI 3
Refleksi yang dapat diteliti dari tamadun mesir purba dan Indus adalah dari segi keupayaan ilmuan pada masa lalu yang dapat membangunkan tamadun dan upaya integratif telah menjadikan mereka masyrakat yang unggul dan cemerlang. Mereka juga telah mencipta sistem pembinaan yang unik dan tetap terpelihara sehingga ke hari ini seperti yang dapat dilihat di Giza, Mesir melalui pembinaan piramid dan sistem bandar yang terancang yang terdapat di Mohejo Daro dan Harrapa. Tetapi segala pencapaian yang diperoleh tidak bermakna jika mengingkari nikmat Allah, kerana segala apa yang disediakan dibumi ini merupakan pinjaman dan hutang dari Allah. Justeru itu, kita tidak boleh melupakan pemberi hutang yang paling agung kerana tanpa pemberi hutang tersebut, kita tidak akan dapat menikmati kesenangan yang kita miliki sekarang.

REFLEKSI 4
Ilmu Islam adalah ibarat sebatang pokok yang tumbuh rendang menghasilkan bunga dan buah yang cantik dan ranum. Akidah tauhid yang mantap ibarat akar yang kukuh .  Amalan ibadah yang berterusan ibarat dahan yang kuat dan tegak. Ilmu syariah ibarat dahan dan ranting yang bercabang. Dan bunga serta buahnya yang cantik dan ranum ibarat akhlak yang menjadi suluh hidup manusia.
Iman merupakan pengerak utama untuk menggerakkan dam memandu kemajuan atau tamadun Islam. Hukum-hukum Allah hendaklah dibangunkan agar menjadi syiar kemuliaan dan ketinggian Islam.
Konklusinya, untuk menjadi orang Islam yang bermaruah, bijaksana, maju, moden dan bertamadun, kita perlu kembali kepada jalan Islam yang bertepatan dengan apa yang disampaikan oleh Rasulullah SAW, para sahabat dan salafussoleh. Identiti dan maruah diri umat Islam perlu dibina semula dengan ciri-ciri akhlak mereka.

REFLEKSI 5
Salah satu daripada perinsip ketamadunan sesuatu bangsa dan negara ialah wujudnya keutuhan budaya dan ketinggian moral sebagai identiti negara tersebut. Penghayatan nilai-nilai akhlak yang mutlak dan tinggi akan menjamin kesejahteraan, keharmonian dan keamanan dalam masyarakat majmuk. Ia juga akan menjadikan bangsa itu terhormat dan disegani.
Malahan, prinsip pemeliharaan alam semulajadi juga diberi tumpuan. Kehidupan manusia tidak terbatas hanya kepada hubungan sesama manusia, tetapi juga hubungan manusia dengan alam persekitaran. Kesejahteraan yang dinikmati oleh manusia adalah akibat daripada kehidupan yang sejahtera antara sesama manusia dengan alam.

REFLEKSI 6
Khilafah Islamiyyah telah bermula sejak zaman selepas kewafatan Rasulullah s.a.w lagi, iaitu dengan bermulanya zaman pemerintahan Khulafa’ ar-Rasyidin, seterusnya pemerintahan Bani Umayyah, Bani Abbasiyyah, serta beberapa kerajaan lain sebelum kejatuhan kerajaan Islam yang terakhir, iaitu kerajaan Turki Uthmaniyyah. Ia merupakan sesuatu yang dianggap Barat sebagai kekuatan dalaman umat Islam, kerana semua umat Islam bersatu dan bernaung di bawah pemerintahan yang satu.
Selain itu, antara sumbangan karya-karya para ilmuwan terhebat Islam yang  telah diterjemahkan oleh beberapa individu kepada bahasa lain seperti karya karangan Abu Ma’syar dan al-Khawarizmi yang telah diterjemah kepada bahasa Latin oleh  of Bath dan John of Siville. Konklusinya, umat Islam haruslah berlumba-lumba untuk menimba ilmu untuk memajukan masyarakat dan meneruskan lagi legasi ilmuwan Islam yang wujud pada suatu ketika dahulu.

REFLEKSI 7
Tamadun Melayu banyak menerima pengaruh kebudayaan dari tamadun India dan China. Hal ini kerana, agama Hindu yang disebarkan ke Tamadun Melayu menerapkan adat resam dan budaya orang India. Kedatangan agama ini mempengaruhi gaya hidup penduduk tempatan. Antaranya, amalan jampi dan mentera, bersanding dan berinai. Dikatakan juga bentuk seni bina pagoda di China sama seperti yang terdapat di Jasin, Melaka. Jadi, jelas bahawa, interaksi antara tamadun Melayu dengan tamadun India dan China banyak memberi impak kepada tamadun Melayu. Kesannya dapat dilihat sehingga kini.

MASYITAH BT MOHD ZAIRI (2015418394)

REFLEKSI 1
Penciptaan manusia bermula di syurga daripada nabi Adam A.S yang berasal dari tanah yang mendapat tentangan hebat dari iblis. Kemudian, diciptakan Hawa sebagai pasangan nabi Adam A.S. Setelah itu, manusia berkembang biak dari zaman para anbiya sehingga sekarang dari setitis air mani yang bercantum dengan telur. Manusia itu sangat dekat dan hampir dengan penciptanya, Allah SWT. Manusia tidak dapat dan tidak mampu dipisahkan dengan tuhannya kerana keadaannya yang lemah lagi jahil dan kerbergantungannya pada tuhannya. Penciptaan manusia di muka bumi sebagai khalifah wajib dipandang serius kerana setiap amal perbuatan kita akan akan disoal di akhirat kelak. Manusia sejak azali bersifat pelupa, maka tidak hairanlah, kita lupa akan perjanjian azali yang telah dilakukan oleh setiap dari kita di alam roh dahulu. Akan tetapi, kerana kasih dan sayang Allah kepada kita, para rasul dan nabi diturunkan sebagai pengkhabar berita benar dan al-quran diturunkan sebagai rujukan. Konklusinya, manusia hendaklah berusaha untuk mengabdikan diri kepada tuhannya dengan melakukan amar maaruf nahi mungkar seperti yang digariskan di dalam al quran beserta sunnah Rasulullah SAW.

REFLEKSI 2
Pada setiap saat dan waktu, hutang manusia dengan Allah SWT semakin bertambah. Nikmat- nikmat yang dikurniakan seperti udara, tubuh badan, makanan, pandangan, pendengaran dan bermacam lagi tidak mampu dilunaskan bahkan kelahiran kita di dunia ini juga merupakan hutang dengan Allah SWT. Namun, Allah SWT Maha Penyayang lagi Maha Pengampun, jika manusia itu bersungguh sungguh mahu berubah dan menyesali akan perbuatan dosa-dosanya setinggi gunung sekalipun. Nescaya akan diampuni semua dosanya dan diterima taubatnya. Oleh itu, kita seharusnya memperbaiki diri dan mempelajari dari kisah umat-umat lampau. Tamadun- tamadun yang hebat dari segi teknologi dan sistem kemasyarakatan semuanya hancur akibat mensyirikkan Allah walaupun setelah datang para nabi dan rasul sebagai pengkhabar berita yang benar. Kesimpulannya, semakin bertamadun semakin halus manusia  dalam semua perspektif (holistik).

REFLEKSI 3
Tamadun Indus dan Mesir Purba masing- masing memaparkan penciptaan teknologi dan sistem kehidupan yang mengagumkan  dan hebat. Tamadun Indus memperlihatkan penciptaan kertas dari pokok papyrus, pertanian yang subur dan sistem perparitan dan pengaliran yang cemerlang dan terkenal dengan ‘The Great Bath’ . Manakala, tamadun Mesir Purba memperlihatkan pembinaan bangunan pyramid dan ilmu mumia. Akan tetapi penciptaan-penciptaan yang hebat sebegini tidak mendatangkan sebarang manfaat sekiranya kita tidak mengakui ke-Esaan Allah SWT. Kaum-kaum terdahulu ini telah dihancurkan seperti dinyatakan dalam al-quran kerana mereka sombong dan angkuh  dengan ilmu yang mereka miliki. Umat-umat terdahulu tidak lain tidak bukan sebagai pengajaran untuk umat nabi Muhammad yang kemudian. Akhir kalam, manusia hendaklah sentiasa beringat akan konsep penghutang  pemiutang dengan Allah SWT agar kita tidak alpa dengan kesenangan dunia yang bersifat sementara ini.

REFLEKSI 4
Kehidupan Muslim boleh diibaratkan seperti sebatang pokok. Tunjang kepada pokok tersebut iatu akarnya melambangkan aqidah. Batang pokok tersebut pula mewakili syariah. Pangkal pula mewakili akhlak. Rimbunan lebat buah pula melambangkan ihsan. Manakala, baja yang dapat menyuburkan pokok tersebut iaitu ilmu. Ilmu perlu datang dari sumber yang sahih seperti al quran dan hadis. Sumber-sumber yang benar dapat memandu kita daripada terlencong dengan nikmat-nikmat dunia yang sementara dan ilmu-ilmu yang merbahaya dan salah seperti ilmu sihir. Kesimpulannya, untuk menjadi mukmin yang cemerlang di dunia dan akhirat, kita wajib menguasai kesemua cabang  pohon tersebut. Kehidupan di dunia hanyalah sebagai batu loncatan untuk kehidupan yang kekal di akhirat nanti. Oleh itu, kita perlu melawati dunia ini sebagai seorang pendatang.

REFLEKSI 5
Tidak dapat disangkal tamadun Islam lahir di Makkah lalu berkembang di Madinah. Agama Islam bermula apabila junjungan besar Rasulullah SAW menerima wahyu pertama baginda iaitu lima ayat pertama surah al-Alaq. Ayat-ayat tersebut jelas mempamerkan kepentingan membaca sebagai titik permulaan lautan ilmu pengetahuan. Kecemerlangan tamadun Islam didorong oleh faktor keyakinan umat Islam terhadap ajaran Islam, keberkesanan pemerintah yang adil dan bijaksana dan keadaan politik yang stabil. Tambahan, Islam adalah agama yang syumul, ia mencakupi semua aspek kehidupan. Panduan-panduan yang jelas telah digariskan oleh Allah dalam kitab al-quran. Sebagai umat nabi Muhammad SAW, kita seharusnya sentiasa berusaha untuk menjadi mukmin yang lebih baik dari semalam.  Kita perlu berlumba-lumba untuk memperoleh syafaat Rasulullah di akhirat kelak. Pelbagai metod yang telah terhidang untuk para muslim dan muslimah pada zaman kini seperti solat, puasa, berbuat baik kepada ibu bapa dan sunnah Rasulullah di mana pelbagai fitnah telah wujud. “Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah.” (3: 110). Dalam sebuah hadis Rasulullah SAW bersabda, “Kalian sebanding dengan 70 umat dan kalian adalah sebaik-baik dan semulia-mulia umat bagi Allah. Kita hendaklah sentiasa bermuhasabah dan memperbaiki diri kerana kita sebagai umat Islam merupakan umat yang terbaik pernah dicipta oleh Allah SWT.

REFLEKSI 6
Sistem khalifah bermula selepas kewafatan Rasulullah SAW. Pemerintahan berkhalifah bermula dengan Khulafa’ Ar–Rasyidin, kerajaan Bani Umaiyah, kerajaan Bani Abbasiyyah dan berakhir dengan kerajaan Turki Uthmaniyah. Semasa pemerintahan mereka, tamadun Islam berkembang dengan giat ke serata dunia. Antara sumbangan tamadun Islam yang signifikan kepada peradaban dunia ialah penyebaran ilmu pengetahuan, kemajuan dalam teknologi, perkembangan bidang sains dan perubatan. Sumbangan tokoh –tokoh Islam begitu mendatangkan impak sehingga karya- karya mereka diterjemah dan diiktiraf oleh bangsa lain malah teori – teori mereka masih lagi diguna pakai sehingga ke hari ini. Contohnya, kitab al-Qanun fi al-Tibb karangan Ibnu Sina dan teori cahaya oleh Ibnu Haitham. Konklusinya, umat Islam pada hari ini haruslah bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu. Pencarian ilmu juga mestilah berdasarkan niat yang luhur iaitu untuk mendekatkan diri dengan Allah SWT. Niat yang baik akan sentiasa dapat memandu diri kita ke arah yang lebih baik sepanjang proses tersebut. Malahan, ilmu- ilmu yang diperoleh in sha allah akan menjadi berkat dan berkekalan hingga beribu tahun lamanya.

REFLEKSI 7
Pelbagai teori kedatangan Islam ke alam Melayu yang diujarkan para sejarawan. Antaranya, Snouck Hugronje mengatakan Islam dibawa dari India,  penemuan Batu Bersurat di Terengganu menandakan Islam dibawa dari China dan Champa dan Prof Syed Naquib al-Attas berpendapat Islam dibawa dari Arab. Walaubagaimanapun, majoriti ahli sejarah menyokong teori kedatangan Islam ke alam Melayu datang dari Arab. Teori ini disokong melalui bukti pengislaman raja-raja di alam Melayu, pengaruh Arab dalam perkataan Melayu dan melalui hikayat raja- raja Pasai seperti Merah Silu. Pencapaian tamadun Melayu pada zaman silam begitu memberansangkan hingga melahirkan kemajuan dalam bidang pendidikan, kesenian, ekonomi dan sastera. Dalam kegiatan ekonomi, kita dapat perhatikan kegiatan perdagangan yang rancak di pelabuhan – pelabuhan alam Melayu hingga mampu membawa kemuculan bandar yang lengkap prasarana. Konklusinya, bangsa Melayu pada hari ini hendaklah bekerja keras untuk membangunkan kegemilangan tamadun Melayu seperti zaman dahulu kala. Kini, umat Melayu acap kali dikaitkan dengan perkara- perkara yang negatif disebabkan oleh sikap kita sendiri. Jika kita terapkan ajaran-ajaran Islam yang kukuh dalam diri in sha allah kejayaan di dunia wal akhirah akan kita genggam.

SAJIDAH BINTI ZAHARUDIN (2015680406)

REFLEKSI 1
Manusia diciptakan oleh Allah untuk mengabdikan diri kepada Allah serta takut kepadaNya. Allah menzahirkan kewujudanNya dimana-mana. Manusia seharusnya mematuhi perintahNya dan meninggalkan laranganNya. Nikmat di akhirat adalah abadi. Untuk fokus kepada pembaikan diri, kita perlu mencari guru yang mursyid dan memperbanyakkan selawat. Setiap benda yang wujud terbahagi kepada zat dan sifat. Setiap orang Islam wajib mempercayai Hari Kiamat. Terdapat 5 alam yang dilalui oleh setiap manusia iaitu alam Roh, alam Rahim, alam Dunia, alam Kubur dan alam Akhirat.

REFLEKSI 2
Ad-Din ialah satu cara hidup yang lengkap dan komprehensif. Ad-Din terbahagi kepada 4 iaitu sistem, fitrah, keadilan dan qiamat(judgement). Tamadun dan peradaban tidak boleh terpisah dengan Ad-Din. Tamadun ialah sistemkepercayaan dan terjadinya konsep hutang pemiutang. Manusia berhutang kewujudan dirinya dengan Allah.  Allah Taala memberikan nikmat kewujudan yang bermula di alam roh, seterusnya memberikan nikmat kelangsungan hidup di dunia. Manusia selamanya tidak akan dapat membayar hutang tersebut, sekalipun dengan amalan yang begitu banyak kerana manusia papa (tidak memiliki apa-apa).  Manusia itu sendiri tidak memiliki dirinya, bahkan dirinya adalah milik Allah dan tertakhluk kepada kuasa dan kehendak Allah SWT. Dengan itu, satu-satunya jalan untuk membayar hutang itu adalah dengan mengembalikan dan menyerahkan sepenuh hati akan dirinya kepada Allah SWT. Pengembalian dan penyerahan diri ini bukan sahaja dapat menutup kerugian dan kehampaan pada manusia, tetapi ia adalah jalan untuk mencapai keuntungan dan kejayaan yang besar, Manakala peradaban sangat berkait dengan hikmah dan keadilan. Seterusnya, sebab kita perlu mengambil iktibar daripada sejarah lama ialah untuk di aplikasikan dalam diri dan memperbaiki diri serta menjadikan manusia lebih bertamadun dan halus. Konsep ketuhanan ialah semakin kita bertamadun, semakin haluslah ia.

REFLEKSI 3
Seperti yang kita tahu, terdapat beberapa tamadun awal yang telah wujud seperti tamadun Indus, tamadun Mesir Purba, tamadu Hwang Ho dan tamadun Mesopotamia. Diantara tamadun-tamadun ini, terdapat persamaan di antara mereka. Pertamanya, sistem organisasi yang sistematik dimana rakyat perlu patuh kepada pemerintah kerana pemerintah mempunyai kuasa yang lebih tinggi. Kedua, kewujudan mereka berasaskan sungai. Sungai memainkan peranan penting kepada manusia di zaman tamadun awal supaya mereka boleh terus hidup dan menyara diri. Ketiga, setiap tamadun mempunyai bahasa dan tulisan mereka tersendiri. Keempat ialah konsep bertuhan. Mereka mempunyai kepercayaan yang tersendiri kerana ingin hidup mereka sentiasa aman dan diberkati. Akhir sekali, perkembangan teknologi. Manusia pada zaman ini boleh dikatakan bijak dan pandai kerana boleh mencipta pelbagai teknologi untuk kemudahan harian mereka. Contohnya mereka mencipta cangkul, kertas, seni bina dan lain-lain bagi memudahkan hidup mereka. Tetapi, sayang sekali masyarakat tamadun ini mempunyai ilmu, tetapi tidak patuh pada ajaran Allah yang disampaikan oleh para nabi. Hal ini kerana, berbalik kepada konsep hutang pemiutang di mana penghutang perlulah mengecilkan hutang dengan sentiasa taat kepada pemberi hutang dan tidak menyalahgunakan hutang yang diberi. Jika salah mengunakan hutang, maka pemberi hutang akan murka dan azab akan menimpa penerima hutang.

REFLEKSI 4
Islam masih kekal kerana sumbernya. Konsep tamadun telah dihuraikan oleh beberapa tokoh Islam seperti Prof Syed Naquib Al-Attas, Syed Qutub, Said Hawa dan Abu Bakar Hamzah. Tamadun perlu dengan masyarakat, ia tidak boleh mencapai kejayaan yang utuh jika hanya diusahakan oleh kelompok yang kecil. Seperti yang kita tahu, kehendak Allah tiada siapa boleh paksa. Adab Allah sangat halus dan terdapat 6 sifat Allah yang perlu kita tahu iaitu wujud, Qidam, Baqa’, tidak sama dengan manusia, berdiri dengan sendiri (zatnya sendiri) dan Esa. Daripada 313 orang para rasul, hanya 25 orang para rasul yang manusia tahu dan daripada 25 orang itu, 5 orang daripadanya yang paling rapat dengan Allah s.w.t.. 5 orang para rasul itu adalah Nabi Nuh a.s, Nabi Ibrahim a.s (Khalil Allah), Nabi Musa a.s (Kalimullah), Nabi Isa a.s(Ruhullah) dan Nabi Muhammad s.a.w (kekasih Allah). Kemudian, terdapat perbezaan antara moral dan akhlak. Moral bermaksud norma masyarakat (apa yang di anggap baik oleh masyarakat) dan akhlak ialah lebih spesifik dari normal. Asas tamadun Islam dapat digambarkan melalui pokok. Akar bagi asas tamadun Islam ialah akidah (iman) dan ilmu (tauhid). Manakala batangnya ialah syariah iaitu cara gaya tuhan menentukan setiap perkara seperti hal ehwal ibadah, kekeluargaan, harta dan jenayah. Jenayah ialah seperti hudud, qisas dan ta’zir. Kemudian, daunnya ialah akhlak dan buahnya adalah ihsan yang menggambarkan manis dan tenang. Akhir sekali, untuk membina tamadun, kita perlulah halus 360◦ iaitu halus dengan tuhan, masyarakat serta alam.

REFLEKSI 5
Tamadun Islam berkembang dengan pesat disebabkan beberapa faktor. Pertama, faktor lokasi. Lokasi adalah sumber yang amat penting kerana kerana sifat dan watak persekitaran menggambarkan peribadi kita. Kedua, faktor agama dan kerohaniaan. Barat (Atheis) berasa terancam dengan Islam dan individu yang beragama Islam kerana Islam mempunyai sumber Al-Quran dan Sunnah, Islam semakin lama semakin bangkit dan berkembang serta Barat sentiasa menginginkan kebebasan. Barat akan menyerang Islam dengan cara meremehkan Rasulullah saw dan Al-Quran. Ketiga, faktor kestabilan pemerintahan kerana tidak mahu tamadun kucar-kacir. Kemudian, faktor keteguhan sosial iaitu kekuatan masyarakat dengan cara berdagang melalui perkahwinan, misi politik dan lain-lain. Seterusnya berhijrah dari Mekah ke Madinah untuk selamatkan Islam dari ditentang. Tetapi dari pandangan Barat, mereka membuat kesimpulan bahawa Rasulullah saw takut dan ingin lari. Walhal, orang Quraisy telah menjemputnya untuk datang ke Madinah. Selain itu, faktor toleransi antara dua pihak. Akhir sekali, faktor ekonomi dan ilmu pengetahuan. Ilmu pengetahuan telah menyebabkan Islam melahirkan pelbagai tokoh ilmu.


REFLEKSI 6
Terdapat pelbagai sumbangan tamadun Islam kepada peradaban dunia. Antaranya ialah pelantikan Khulafa Ar-Rasyidin iaitu Khalifah Abu Bakar as-Siddiq, Khalifah Umar Al-Khattab, Khalifah Uthman Affan dan Khalifah Ali b. Abi Talib. Kemudian, muncul Kerajaan Bani Umaiyah yang cemerlang dari segi politik, intelektual, seni bina dan tentera laut. Seterusnya, Kerajaan Bani Abbasiyah yang telah menggulingkan Kerajaan Bani Umaiyah melalui gerakan Bani Hashim. Selain itu, Kerajaan Turki Uthmaniyah yang merupakan kerajaan terbesar dan pencapaian daripada sarjana Islam dari segi politik, sosioekonomi, ilmu dan teknologi. Akhir sekali, penyebaran ilmu pengetahuan melalui galakan pemerintah, aktiviti penterjemahan dan peranan Muzarab. Kesimpulannya, ilmu itu sangat luas dan tidak terbatas. Jauhilah daripada ilmu yang tidak bermanfaat dan berdoalah agar umur tidak dibazirkan dengan ilmu yang tidak bermanfaat.

REFLEKSI 7
Islamisasi Alam Melayu memberi peluang untuk mengenal Melayu yang sebenar. Terdapat 3 pendapat dari mana Islam dating. Pertama, datang dari India yang dibawa dari Snouck Hugronje. Buktinya adalah dengan penemuan batu nisan di Pasai dan Gerisik. Tetapi bukti ini bercanggah dengan Thomas Arnold yang berpendapat bahawa Islam dating dari Banggala. Seterusnya, datang dari China yang dibawa oleh Maharaja Tai Shiung. Antara buktinya adalah dengan penemuan batu nisan seorang yang berketurunan Arab di Pahang, batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu. Selain itu, kisah perdagangan di dalam Akhbar Al- Sinwahin,hubungan diplomatic dan bukti seni bina pagoda di China sama seperti di Jasin, Melaka. Akhir sekali, datang dari Arab dengan cara perkahwinan Mubaligh Quraisy dengan puteri raja, perdagangan serta pengislaman raja Perlak, Acheh. Antara buktinya ialah tulisan jawi, tarian zapin dan dabus, perkampungan Ta Shih dan Hikayat Merah Silu.
Penghayatan nilai-nilai Islam di Malaysia terbahagi kepada 6 bahagian. Pertama, pentadbiran. Dari sistem Monarki ke sistem Demokrasi. Yang masih kekal sehingga sekarang ialah, Sultan masih beragama Islam dan agama rasmi masih Islam. Kedua, ekonomi dimana kerajaan memberi bantuan Tabung Haji. Ketiga, pendidikan formal. Keempat, social. Seterusnya ialah kesenian seperti tulisan jawi di surat khabar dan syiling. Akhir sekali, perundangan.

SARAH ATHIRAH BINTI RIZAL (2015229668)

REFLEKSI 1
Seperti yang termaktub dalam Al-Quran , setiap manusia akan menghadapi 5 alam . Alam-alam tersebut ialah alam roh , alam rahim , alam dunia , alam kubur dan alam akhirat . Hakikat penciptaan manusia di dunia bukanlah sia-sia atau main-main , kita dicipta untuk beribadat kepada Allah S.W.T . Namun tidak semestinya kita tidak perlu menjalankan tanggungjawab sebagai seorang manusia di dunia ini , kejar lah dunia di tangan bukan di hati . Betapa hebatnya Allah telah mencipta kita dari air mani hinggalah menjadi sebatang tubuh . Kita haruslah menyayangi dan taat kepada Allah S.W.T sebagai tanda bersyukur . Di dunia yang penuh alpa ini , manusia mudah mengambil ringan soal agama , sedangkan siapa kita dan agama kita sekarang adalah pilihan kita sendiri . Kita sendiri telah berjanji ketika perjanjian azali secara sedar dan sukarela tentang agama apa menjadi pilihan kita . Tetapi , Allah tidak meninggalkan kita keseorangan untuk mengenali agama yang telah menjadi agama pilihan kita , Allah S.W.T telah menurunkan para nabi dan rasul serta kitab Al Quran untuk membimbing kita . Betapa Allah sangat dekat dengan kita , seperti nafas yang kita hirup setiap masa . Allah sentiasa ada untuk kita sama ada susah atau senang , tidak seperti manusia yang hanya ada ketika kita senang .

REFLEKSI 2
Hutang dengan manusia dapat dibayar dengan wang ringgit . Namun hutang dengan yang Maha Pencipta tidak akan dapat dilangsaikan . Kita hutang kewujudan dengan-Nya , sesuatu yang tidak dapat digantikan dengan apa-apa . Bukan itu sahaja , setiap nikmat yang kita dapat seperti keselesaan , udara , air , kebahagiaan dan sebagainya juga merupakan hutang kepada kita . Perkara ini sangat membuka mata saya , betapa melimpah ruah kasih sayang Allah S.W.T  kepada kita . Kita sebagai manusia sering kali mengikut hawa nafsu hingga kufur nikmat . Kita sepatutnya menghargai setiap kurniaan ALLAH yang dititipkan kepada kita . Apabila kita dilanda keresahan , kesusahan , kesakitan dan keperitan , jangan sesekali merungut atau menyalahkan yang Maha Pencipta . Kesusahan ini belum tentu boleh melangsaikan 1% daripada hutang kita dengan-Nya . Sebaliknya , kembali ke jalan-Nya sama ada ketika susah atau senang .

REFLEKSI 3
Satu persamaan antara semua tamadun ialah mereka memulakan tamadun di kawasan lembah sungai termasuklah tamadun mesir purba dan tamadun indus . Antara semua aspek tamadun ini , sumbangan mereka paling menarik perhatian saya . Pada zaman yang serba moden ini , semua yang kita inginkan sudah ada di depan mata . Kita tidak tahu dan tidak menghargai penciptaannya . Antara sumbangan tamadun indus ialah , perancangan bandar(mohenjo daro dan harappa) , sifat keterbukaan , ilmu geometri dan sebagainya . Manakala , tamadun mesir purba pula sumbangannya ialah ilmu matematik dan astronomi , seni bina piramid , penciptaan kertas dari pokok papyrus , ilmu mumia dan sebagainya . Namun untuk mempertahan sebuah tamadun haruslah seiring dengan agama , tiada agama punah tamadun . Dengan adanya agama , kita akan sentiasa berada dalam jalan yang benar dan jauh dari sifat-sifat mazmumah yang membawa kepada kejatuhan tamadun .

REFLEKSI 4
Pada sesi pembelajaran ini , perkara yang menangkap minat saya ialah sebatang pokok yang menjadi personifikasi terhadap kehidupan manusia . Akarnya melambangkan aqidah yang merupakan tiang dalam kehidupan . Batang pokok pula melambangkan syariah . Pangkalnya pula melambangkan akhlak. Buah yang telah ranum dan enak rasanya pula melambangkan ihsan. Ilmu merupakan matahari , air dan baja kepada pokok ini . Gabungan semua ini akan mewujudkan kehidupan yang penuh dengan keberkatan . Carilah ilmu sepanjang hayat kita kerana dunia ibarat sekolah , di mana kita tidak akan pernah berhenti menimba . Jikalau kita diberi peluang untuk menuntut ilmu namun kita mensia-siakannya nescaya kitalah manusia paling rugi !

REFLEKSI 5
Seperti termaktub di Al- Quran , Islam telah bermula di Makkah dan berkembang di Madinah . Agama Islam sangat menitik beratkan ilmu , kita dapat lihat ini ketika malaikat Jibrail menemui Nabi Muhammad S.A.W dan menyebut “Iqra !” yang membawa maksud bacalah . Apabila seseorang itu tinggi ilmunya , dia akan dinaikkan darjatnya di mata dunia . Tamadun Islam merupakan tamadun yang paling lama bertahan , hal ini kerana umatnya yang sangat yakin akan agama dianutinya serta sikap rasa ingin tahu yang sangat tinggi berjalan seiring . Ini bermakna ilmu yang ditimba tidak bertentangan dengan syariah Islam . ilmu seperti ini akan diberkati dan mendatangkan manfaat . Perkara ini juga mempamerkan bahawa Islam sebagai ad-din dan lengkap . Bukan sahaja dari segi akhirat , tetapi juga dari segi keduniaan.

REFLEKSI 6
Setelah kewafatan Rasulullah S.A.W , bermulanya sistem khalifah dan orang pertama yang menjadi khalifah ataupun pemimpin ialah Sayidina Abu Bakar As-Siddiq . Terdapat beberapa kerajaan yang wujud iaitu Khulafa’ Ar–Rasyidin, kerajaan Bani Umaiyah, kerajaan Bani Abbasiyyah dan kerajaan Turki Uthmaniyah. Kerajaan-kerajaan ini sangat menakjubkan bagi saya kerana mereka sangat menitik beratkan ilmu . Pelbagai ciptaan telah diwujudkan lantaran dari ilmu yang ditimba . Tokoh yang paling kagumi ialah Ibnu Sina kerana beliau telah menghasilkan karya perubatan yang saya sedang pelajari untuk masa hadapan saya sebagai seorang doktor gigi . Beliau banyak menghasilkan karya dalam perubatan seperti ‘al-Qanun fi al-Tib’, ‘al-Adwiyah al-Qalbiyyah’, dan ‘al-Alfiyyah al-Tibbiyyah’. Karya beliau diterjemahkan dalam pelbagai bahasa seperti Inggeris, Hebrew dan Latin. Buku karangannya al-Qanun Fit- Tibb (Peraturan Perubatan) terdiri daripada 14 jilid, telah dianggap sebagai himpunan perbendaharaan ilmu perubatan. Ilmu perubatan moden banyak mendapat pelajaran daripada Ibnu Sina, dari segi pengunaan ubat, diagnosis dan pembedahan. Ibnu Sina merupakan salah satu contoh terbaik yang menunjukkan betapa hebatnya orang Islam .

REFLEKSI 7
Pernahkan terdetik di fikiran kita bagaimana Islam sampai ke negara kita ini yang dahulunya dikenali sebagai Tanah Melayu ? Terdapat beberapa teori tentang kedatangan Islam ke alam Melayu , antaranya ialah dari India , China , Champa dan Arab . Bagi teori islam datang dari India , Snouck Hurgronje telah mengemukakan pendapat tentang kedatangan Islam di Nusantara.  Pendapat beliau telah disokong oleh B. Harrison.  Mengenai teori dari Gujerat, G.P.  Moquette telah membuat kajian terhadap batu nisan di Pasai yang bertarikh 1428 M dan batu nisan Maulana Malik Ibrahin di Gerisik bertarikh 1419 M.  Berdasarkan kajian yang terhadap kedua-dua batu nisan tersebut didapati kedua-duanya lebih mirip strukturnya dengan batu nisan Umar ibn Ahmad Kazaruni di Gujerat.  Justeru, beliau membuat kesimpulan bahawa kedua-dua dibawa dari Gujerat.  Hipotesis ini disokong kuat oleh R.A. Kern, W.F. Stutterheim dan J. Gonda dengan menyatakan bahawa Islam ke Nusantara adalah berasal dari Gujerat. Bagi teori islam datang dari china dan champa pula , terdapatnya bukti yang menyokong pendapat tersebut. Antara bukti yang menyokong pendapat mereka adalah penemuan Batu Bersurat di Terengganu. Memandangkan Terengganu terletak di panati timur Tanah Melayu, maka dengan terjumpanya batu tersebut di situ menunjukkan bahawa Islam telah sampai dari arah Timur, dan sarjana setuju menyatakan ianya datang dari China, Hainan atau Champa . Bagi teori islam datang dari Arab , ini dapat dilihat dengan pengislaman raja-raja di alam Melayu, pengaruh Arab dalam perkataan Melayu dan melalui hikayat raja- raja Pasai seperti Merah Silu. Setelah mempelajari topik ini , ia sangat membuka mata saya untuk berbangga dengan bangsa saya sendiri . Orang Melayu sangat hebat namun kita telah dibutakan oleh orang barat . Kita sebagai orang Melayu haruslah berbangga dan mencontohi orang orang Melayu yang hebat pada zaman dahulu.

SITI HAJAR BINTI MOHD (2015229924)

REFLEKSI 1
Pada minggu ini,kita dapat mengetahui bahawa terdapat 5 alam yang akan di tempuhi oleh manusia iaitu alam roh,alam Rahim,alam dunia,alam kubur dana lam akhirat.Selain itu,kita juga dapat mengetahui bahawa manusia telah melakukan perjanjian azali iaitu perjanjian untuk sentiasa beriman kepada pencipta Allah.Namun,perjanjian ini telah dimungkari oleh manusia.

REFLEKSI 2
Pada minggu ini,kita dapat mempelajari tentang konsep penghutang dan pemiutang.Manusia sebagai penghutang manakala Maha Pencipta adalah pemiutang.Selain itu kita juga dapat mengetahui tentang rukun Addin iaitu akhlak,sariat dan tasawwuf

 REFLEKSI 3
Hasil pembelajaran saya pada minggu ini,saya dapat mengetahui asas-asas Islam dan boleh digambarkan dalam bentuk sebatang pokok..Akar pokok menggambarkan akidah,batang pokok ialah syariat,ranting pokok ialah akhlak manakla buah ialah ihsan.Oleh itu semua umat islam haruslah mempunyai semua ciri-ciri tersebut

REFLEKSI 4
Kita seharusnya menggunakan akal yang diberikan oleh Allah S.W.T dengan sebaik mungkin.Contohnya Tamadun Mesir telah membina pyramid manakala Tamadun Indus telah menggunakan akal yang diberikan dengan membina sebuah bandar terancang.Namun,disebabkan ke keangkuhan mereka untuk beriman kepada Allah,akhirnya Allah telah meruntuhkan tamadun mereka.

REFLEKSI 5
Pada minggu ini,kita dapat mempelajari tentang Tamadun Islam.Kemashyuran Tamadun Islam disebabkan kestabilan peemrintahan iaitu dengan melaksanakan pemerintahan yang tersusun dan sistematik serta konsep kekuasaan milik ummat.Selain itu,sebbelum kedatangan Islam,manusia mempercayai pelbagai kepercayaan seperti aninisme dan menyembah roh nenek moyang.

 REFLEKSI 6
Pada minggu ini,kita dapat mengetahui bahawa ilmu Allah itu luas.Oleh itu,kita haruslah rajian dalam mencari ilmu dan keberkatan ilmu itu sangat penting bagi menjamin ilmu yang berkekalan.Antara cara untuk mendapat keberkatan ilmu ialah haruslah bermula dengan niat yang betul iaitu kerana Allah Taala dan haruslah berusaha dengan bersungguh-sungguh.Sepertimana yang kita berlaku di Andalusia.Penyebaran ilmu berlaku dengan sangat pesat.Antara impak gerakan ini dapat kita lihat dengan mencetusnya kelahiran university,hamper keseluruhan perkembangan ilmu mempunyaielemen pengaruh kesarjanaan Islam.Selain itu,dengan ini lahirlah pakar-pakar ilmu dalam pelbagai bidang seperti Al-Razi,Al-Farghani,Ibnu Khaldun dan Abdul Rahman Al-Sufi.

 REFLEKSI 7
Dalam Tamadun Melayu,saya dapat mengetahui bahawa terdapat beberapa ciri yang masih berkekalan dalam tamadun ini sejak dahulu sehingga hari ini iaitu seperti Sultan menjadi ketua agama.Selain itu,kita dapat mengetahu bahawa kedatangan Islam di Tamadun Melayu dengan 3 cara iaitu melalui India,China dan Arab

SYARENA BT MOHD SHAARI (2015664354)

REFLEKSI 1
Pada minggu ini, apa yang menarik minat saya ialah tentang perjanjian yang dibuat oleh para manusia dengan Allah. Perjanjian ini menyebabkan manusia tercari-cari agama yang sebenar yang sesuai dengan diri mereka. Perjanjian ini dibuat secara sedar, tanpa paksaan. Oleh itu dapat kita lihat bahawa  Allah S.W.T Maha Berkuasa dalam menentukan segalanya.

REFLEKSI 2
Pada minggu ini, saya dapat tahu yang banyak persamaan yang wujud dalam setiap tamadun di mana ada kepercayaan masing-masing, system pemerintahan, system tulisan dan kebanyakan merekan bermula dari sungai.  Oleh itu kita perlu tahu semua ini untuk memudahkan kerja kita supaya tidak tertukar.

REFLEKSI 3
Pada minggu ini, perkara yang menarik perhatian saya ialah mengenai asas tamadun islam yang kita belajar melalui simbolik sebuah pokok. Pada sebatang pokok, ia perlulah mempunyai akar yang kuat untuk menyokong dan kita boleh kaitkan akar dengan asas tamadun islam yang utama iaitu akidah. Akidah merupakan ikatan atau simpulan yang kuat terhadap kepercayaan seseorang terhadap Islam. Seterusnya, batang sebatang pokok itu kita boleh kaitkan dengan syariat iaitu cara-cara kita menzahirkan kepercayaan kita kepada Tuhan. Contohnya dengan ibadah dan sebagainya. Tambahan pula, daun-daunnya diibaratkan sebagai akhlak dan buahnya diibaratkan ihsan iaitu redha apa yang Allah bagi.

REFLEKSI 4
Perkembangan Tamadun Islam ini adalah bermula dari usaha Rasululah sendiri yang memulakan dakwah secara rahsia dan kemudian secara terbuka sehinggalah Islam tersebar meluas ke  seluruh pelusuk dunia. Dan wujudnya penghijrahan yang membolehkan Islam tersebar meluas dan diterima semua pihak

REFLEKSI 5
Apa yang saya dapat pada minggu ini ialah selepas wafatnya Rasulullah SAW, umat Islam dipimpin oleh khulafa’ arrasyidin yang begitu hebat memimpin penduduk mereka. Tambahan pula, pelbagai kemudahan yang wujud pada era kepipinan mereka seperti pusat intelektual dan pelbagai seni bina yang berasaskan Islam yang dibina dan masih kekal hingga kini. Seterusnya, pada zaman mereka juga terdapat banyak pencapaian yang hebat dan wujudnya tokoh-tokoh Islam yang dikagumi seperti Al-Biruni, Al-Zahrawi dan Al-Khawarizmi.

REFLEKSI 6
Pada minggu ini, apa yang saya dapat ialah begitu pentingnya nilai ilmu terhadap umat Islam. Mereka begitu berusaha untuk mendapatkan ilmu seperti wujudnya pusat intelektual,pusat terjemahan dan sebagainya. Sebenarnya, asas sesuatu kejayaan ialah ilmu dan ilmu Allah itu sangat luas. Oleh itu, Allah menyuruh kita untuk sentiasa mengkaji ilmu kerana apa yang kita ada sekarang ini boleh diibaratkan dengan setitik air daripada laut yang terbentang luas.

REFLEKSI 7

Pada minggu ini, saya telah mendapat sesuatu maklumat yang sangat penting. Sebelum ini, apabila disebut sahaja Melayu, pasti pelbagai persepsi negatif yang muncul di minda saya, dan selepas saya belajar tajuk Tamadun Melayu ini, baru saya dapat tahu yang Melayu itu hebat. Bagaimana Melayu itu wujud begitu mengkagumkan saya dan begitu juga hasil bumi di Tanah Melayu yang begitu digilai oleh para pedagang dari luar. Jadi, saya ingin melihat yang Melayu pada zaman kini untuk menjadi terus gemilang seperti zaman dulu.

WAN ANIS SUFIAH BINTI WAN MOHAMMAD NOOR (2015430204)

REFLEKSI 1
Pada minggu ini, saya mengetahui bahawa roh kita suka rela menerima perjanjian kontrak dengan Allah semasa di alam roh sebelum dilahirkan ke dunia ini. Tidak kira agama mane pun. Disamping itu, orang yang kita menemui dalam hidup kita disebabkan oleh roh kita bertemu di alam roh dahulu.

REFLEKSI 2
Pada minggu ini saya mendapati bahawa untuk sesebuah masyarakat menjadi bertamadaun, sungai merupakan tempat permulaan di mana bermula dengan cucuk tanam. Kemudian dikembangkan lagi dengan faktor-faktor lain seperti pemerintahan, keagamaan dan struktur organisasi.

REFLEKSI 3
Pada minggu ini saya mempelajari bahawa Tamaddun berasal dari perkataan Arab manakala bahasa Malaysia ialah tamadun. Perkataan tamadun  boleh disamaertikan sebagai kemajuan atau peradaban

REFLEKSI 4
Pada minggu ini saya belajari bahawa musuh utama agama ialah sekularisme yang bermakna ke sini ke kinian, mementingkan perkara yang berlaku sekarang seperti materialisme dan individualisme

REFLEKSI 5
Apa yang saya dapat pelajari minggu ini ialah sikap tertutup masyarakat terutamam dari segi teknologi dan perubahan dalam pelbagai strukturboleh memundurkan satu negara. Di samping itu, pemimpin berperanan memajukan bangsa dengan melaksanakan visi dan misi. Maksud sekularisme ialah mengasingkan Allah dengan satu aspek dalam hidup.

REFLEKSI 6
Pada minggu ini, saya mempelajari bahawa Khalifah Abu Bakar telah memerangi nabi palsu dan kaum murtad yang enggan membayar zakat kepada pemerintah pusat. Selain itu, Al-Biruni menunjukkan cara-cara untuk mengetahui latitud dan longitud bumi.

REFLEKSI 7
Pada minggu ini saya dapat pelajari bahawa penemuan batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu menunjukkan Islam datang daripada China. Begitu juga  dengan perubahan undang-undang Melayu telah diubah suai mengikut kesesuaian undang-undang Islam.

NUR ANASUHA BINTI MOHAMAD (2015428846)

REFLEKSI 1
Pada minggu ini , saya telah belajar bahawa manusia mempunyai 5 alam yang akan ditempuhi iaitu alam roh, alam Rahim, alam dunia, alam kubur , dan alam akhirat . dan pada alam roh semua manusia telah melakukan perjanjian kepada Allah . Tetapi kita sebagai manusia telah lalai tentang perjanjian itu kerana unsur yang wujud itu adalah roh sahaja dan juga sebab Allah yang jadikan manusia pelupa. Selain itu Allah juga telah menzahirkan zatnya dalam setiap nafas. Allah menjadikan manusia untuk mengabdikan diri kepada Allah.

REFLEKSI 2
Pada minggu ini , saya telah mempelajari tentang ciri ciri tamadun yang membahagiakan manusia. Tamadun juga menjadi lubuk pahala kepada manusia. selain itu , memang fitrah manusia ada ketaatan kepada tuhan dan juga suka kepada kebaikan. Akhir sekali , saya telah mempelajari konsep hutang dan pemuitang iaitu manusia sebagai penghutang , manakala Allah adalah pemuitang .

REFLEKSI 3
Pada minggu ini , saya telah mempelajari tentang tokoh tokoh ilmuan islam yang banyak memberikan sumbangan terhadap pembinaan tamadun islam . Contoh ilmuan islam yamg terkenal ialah al khawarizmi , al razi , dan juga ibn batutah.

REFLEKSI 4
Pada minggu ini , saya telah mengetahui ada tiga kategori hamba di muka bumi ini iaitu hamba yang bersifat saudagar (berikan sesuatu sebab nakkan sesuatu), hamba yang rasa bersalah (takut neraka), dan juga hamba yang merdeka (tak takut surga atau neraka tetapi semua perbuatan adalah kerana Allah). Selain itu , saya telah mempelajari asas-asas islam yang diibaratkan seperti pokok , iaitu akar adalah akidah , batang adalah syariat, ranting adalah akhlak, dan buah adalah ihsan.

REFLEKSI 5
Pada minggu ini , saya telah mempelajari tentang kejayaan masyarakat tamadun awal membina tamadun mereka dan faktor yang membawa kepada kejatuhan tamadun mereka. Tamadun mesir telah berjaya mencipta piramid dengan batu bata , tamadun indus telah berjaya mencipta sistem bandar terancang . Tetapi kejayaan mereka tidak bertahan lama kerana mereka lupa untuk mengabdikan diri kepada Allah dan timbul sifat angkuh terhadap Allah .

REFLEKSI 6
Pada minggu ini , saya telah mempelajari tentang perkembangan tamadun islam. Agama sebelum dan juga selepas isalam telah berubah iaitu daripada animisme kepada islam. Barat nak kan kebebasan sebab merasa terancam dengan sumua individu yang beragama. Islam juga telah bertembung dengan sekularisma iaitu peminggiran agama dari semua aspek kehidupan . sekularisma telah mengajar sifat "sekini-kinian" iaitu mengexploitasi duit dan alam sekarang .

REFLEKSI 7
Pada minggu ini , saya telah mempelajari tentang nilai-nilai islam yang diterapkan dalam tamadun melayu yang sehingga kini masih lagi digunakan seperti sistem pemerintahan yang meletakkan raja sebagai ketua agama dan juga agama rasmi adalah agama islam . Banyak teori kedatangan islam ke tanah melayu temasuklah arab , china dan india .

NUR NABILA BINTI ROSLI (2015218088)

REFLEKSI 1
Alhamdulillah pada hari ini banyak yang dipelajari dalam kelas ctu . Pada hari ini saya memperlajari bahawa manusia akan menghadapi lima alam iaitu alam roh , alam Rahim , alam dunia , alam kubur dan akhirat . Semasa di alam roh kita telah membuat satu perjanjian dengan Allah S.W.T iaitu perjanjian akan sentiasa beriman kepada Allah S.W.T . Persoalannya adakah kita manusia yang sudah lahir di muka bumi ini menunaikan janji yang telah kita lakukan semasa di Alam Roh . Maka tepuk dada Tanya Iman .

REFLEKSI 2
Subhanallah … Alhamdulillah hari ini banyak sangat input yang saya dapat daripada kelas pada hari ini . Dalam banyak- banyak perkongsian yang ustazah lakukan saya amat tertarik dengan konsep ‘PENGHUTANG DAN PEMIUTANG ‘ . Jadi dalam konsep ini siapakah yang anda rasa penghutang dan siapakah pulak pemiutang ? Adakah saya akan berceritakan tentang ALONG BUKIT BERUNTUNG ? TIDAK … Jadi apa maksud konsep penghutang dan pemiutang yang sebenar ? Adakah selama ini kita sedar bahawa jasad yang dipinjamkan kepada kita ini milik Allah ? Setiap udara yang kita gunakan untuk bernafas milik Allah . Adakah kita sedar semua itu ? Jadi , konsep tersebut merujuk kepada kita manusia dan Allah S.W.T . Allah sebagai pemiutang dan kita pulak sebagai penghutang. Allah telah memberi banyak pinjaman kepada kita tetapi adakah kita membayar setiap perkara yang Allah pinjamkan kepada kita ? Mampukah kita untuk membayar segalanya ? Tidak . Kesimpulannya , kita sebagai umat Islam sentiasalah bersyukur dengan setiap perkara yang dikurniakan kepada kita dan jangan mengeluh dengan setiap Ujian yang diberikan kita . Kerana setiap Ujian yang diberikan kepada kita menunjukkan kasih sayang ALLAH kepada kita .

REFLEKSI 3
Bismillahirahminirahim … Pada hari ini saya dapat mempelajari tentang persamaan tamadun iaitu setiap tamadun yang ada pasti akan ada kepercayaan masing –masing . Setiap manusia di muka bumi ini tidak dapat lari daripada sifat bertuhan kerana setiap manusia yang dilahirkan di muka bumi ini mempunyai spiritual yang kuat iaitu sifat bertuhan .

REFLEKSI 4
ALHAMDULILLAH …… Bersyukur kepada Allah S.W.T kerana masih memberi peluang untuk tulis refleksi untuk minggu ini . Apakah perkongsian saya pada minggu ini ? Perkongsian pada hari ini adalah tentang pokok . POKOK ? TREE ? Ya saya akan berkongsi tentang pokok . Mesti semua tertanya – Tanya apakah yang menarik sangat tentang pokok pada minggu ini ? Tahukah anda anda pada satu pokok ada akar , ada juga batang , ada juga ranting kemudian ada juga buah ? Hari ini saya dapat input yang sangat luar biasa kerana selepas ini apabila saya ternampak pohon saya akan bayangkan akar kemudian disebalik akar saya akan gambarkan akidah . Kemudian apabila terlihat batang pokok saya akan gambarkan syariat . Selepas itu , apabila saya ternampak ranting pokok saya akan gambarkan akhlak dan apabila saya Nampak buah yang ranum maka saya akan tergambarkan ihsan . Setiap perkara yang dilakukan mesti perlu ada akidah yang kuat seperti pokok jika tiada akar maka pokok tidak dapat sumber air oleh itu pokok akan mati. Jika ingin menjadi muslim yang sejati kita perlu ada sifat sifat ini .

REFLEKSI 5
Alhamdulillah …. Pada hari ini saya memperolehi ilmu tentang konsep ‘IQRA’ yang bermaksud bacalah . Perkara yang saya dapat daripada konsep ini betapa pentingnya ilmu dalam sesebuah tamadun . Umat pada zaman terdahulu amat mencintakan ilmu sehinggakan mereka sanggup menggadaikan harta untuk mendapat ilmu . Mereka juga sanggup berpanas , berhujan dan sebagainya untuk mendapatkan ilmu . Ilmu terbahagi kepada dua iaitu ilmu yang bermanfaat dan ilmu yang tidak bermanfaat . Oleh itu . kita mestilah sentiasa berdoa kepada Allah S.W.T. supaya kita sentiasa memperolehi ilmu yang bermanfaat di dunia dan akhirat .

REFLEKSI 6
ALHAMDULILLAH … Allah masih memberi peluang untuk membuat refleksi pada minggu ini . Jadi apa yang saya perolehi untuk minggu ini ? Saya amat suka dengan tajuk pada minggu ini iaitu tamadun melayu . Pada mulanya saya merasakan ‘KENAPALAH KENA BELAJAR PASAL TAMDUN MELAYU PULAK NI ?’ Tetapi sebalik keluhan itu saya dapat rasakan saya akan dapat satu perkara yang hebat daripada kelas ctu pada hari ini . Jadi apabila anda dengar perkataan ‘MELAYU ‘ apakah yang berada di dalam fikiran anda ? MALAS ? PANAS BARAN ? Kenapa ya semua perkataan negatif yang bermain difikirkan . Mari kita betulkan semula cara pemikiran kita . Apabila mempelajari semula tentang Tamadun Melayu barulah saya sedar bahawa betapa hebat nya orang melayu ini . Kenapa ? Kerana tanah melayu adalah satu satunya Negara yang merdeka tanpa peperangan dan banyak lagi perkara yang menunjukkan tentang kehebatan orang melayu . Akan tetapi janganlah kita bergoyang kaki dengan kenyataan tersebut sepatutnya kita menjadikan satu cabaran dan semanagat untuk kita menaikkan semula nama orang melayu .

REFLEKSI 7
Pada minggu ini saya memperolehi ilmu tentang tamadun melayu . Walaupun zaman telah berubah dan menuju ke arah yang lebih moden . namun terdapat beberapa ciri yang masih berkekalan sehinggakan sekarang . Apakah ciri tersebut ? Raja masih lagi menjadi ketua agama kepada negara kita . Selain itu , saya dapat mempelajari bagaimana kedatangan Islam ke setiap tamadun iaitu tamdun melayu , india , china dan arab . 

No comments:

Post a Comment