Saturday 26 December 2015

Penilaian Drama Melayu (Tugasan Sewaktu Cuti)

MASYITAH BT MOHD ZAIRI (2015418394)

Drama Melayu : M.A.I.D Episod 1 & 2
M.A.I.D merupakan adaptasi novel M.A.I.D hasil karya Suri Ryana. Watak heroin utama ialah Noorul yang bekerja sebagai pembantu rumah di rumah watak hero utama iaitu Encik Harris.

 Perbandingan Nilai Melayu di dalam M.A.I.D dan Nilai Budaya Melayu Yang Sepatutnya Diamalkan
M.A.I.D
Amalan Yang Perlu Dipraktikkan
-Pemakaian t-shirt yang ketat dan menampakkan bentuk tubuh badan
- Sentiasa mengeluh

-Perwatakan/tingkah laku yang kurang sopan

-Percakapan yang kasar sesama rakan-rakan

-Bergelak ketawa dengan nada yang kuat


-Sibuk mengambil tahu hal-hal orang lain
-Bersangka buruk
-Menyentuh lelaki/perempuan bukan muhrim
-Pakaian yang menutup aurat megikut syariah Islam
-Banyakkan bersabar dan percaya dengan qada’ dan qadar Allah SWT
- Tingkah laku yang berbudi bahasa mengikut perwatakan Rasulullah
-Bercakap dengan lemah-lembut dan menghormati orang sekeliling
-Senyum lebar sehingga menampakkan gusi mengikut perwatakkan nabi Muhammad jika terlampau suka
-Tidak menjaga tepi kain orang
-Bersangka baik pada setiap masa
-Haram memegang lelaki/perempuan yang bukan muhrim dengan diri sendiri



























NUR AISYAH BINTI ROSLAN (2015218442)

Apa yang saya dapat lihat melalui drama melayu yang saya lihat tempoh hari ialah masyarakat dalam drama tersebut kurang menghormati keluarga mereka walaupun merupakan darah daging mereka masing-masing. Hal ini sangat berbeza budaya tamadun melayu kerana masyarakat zaman dahulu sangat menghormati keluarga mereka terutama orang yang lebih tua daripada mereka. Selain itu, drama ini juga memaparkan kisah perebutan harta antara keluarga sehingga memecah belahkan hubungan keluarga tersebut. Jika dibandingkan dengan zaman dahulu, warisan harta sangat teratur. Drama tersebut juga menunjukkan betapa berubahnya masyarakat melayu zaman ini yang mana mereka tidak lagi menggunakan baju yang sopan sebaliknya lebih mengikut budaya barat. Wanita zaman melayu pada zaman dahulu, menggunakan pakaian yang sopan dan menutup aurat seperti baju kurung dan sangat sedap mata memandang. Masyarakat melayu dalam zaman tersebut juga menunjukkan betapa zaman ini wanita sangat mengawal dan kurang menghormati suami mereka sedangkan suami merupakan ketua keluarga mereka dan mereka perlu menghormati mereka. Wanita zaman dahulu sangat menghormati suami mereka bahkan mereka tidak akan keluar rumah melainkan selepas memberitahu suami mereka.

SYARENA BINTI MOHD SHAARI (2015664354)

Drama yang saya tonton adalah drama Rindu Awak 200%. Selama 30 minit saya tonton cerita itu, banyak perkara yang boleh saya bezakan dengan ajaran Islam yang sebenar. Pertamanya, apabila watak utamanya Zill Faezrul dan Armel Aisya  dipaksa berkahwin, Armel Aisya tidak melayan suaminya dengan baik. Diibaratkan seperti menderhaka terhadap suami kerana dia tidak langsung ambil peduli terhadap suaminya. Padahal, dalam konteks Islam, walaupun dipaksa berkahwin, suami itu telah menjadi suami kita yang sah. Kita juga wajib taat akan perintah si suami dan sepatutnya menjaga makan dan minumnya. Seterusya, watak Armel yang sangat tidak menghormati kedua orang tuanya, terutama sekali ibunya. Dia tidak mendengar arahan ibunya dan bertindak sambil lewa sahaja. Dia juga melayan ibunya sama seperti rakan-rakannya yang lain. Sedangkan dalam Islam, menghormati ibu bapa itu adalah satu perkara yang terpenting. Redha Allah terletak daripada redha ibu bapa. Akhir sekali, walaupun kedua-dua watak utama ingin menghayati watak mereka sebagai sumai isteri, tidak perlulah untuk mereka berpegang-pegang serta berpeluk-pelukan. Hal ini kerana akan menimbulkan persektif negative terhadap Islam itu sendiri.


SITI HAJAR BINTI MOHD (2015229924)

PERBEZAAN SIFAT DI DALAM DRAMA MELAYU "NURSE BEDAH" DAN SIFAT REALITI ORANG MELAYU
SIFAT REALITI ORANG MELAYU
SIFAT YANG DI TONJOLKAN OLEH WATAK DALAM DRAMA
·         Sering membantu orang lain apabila berada dalam kesusahan
·         Watak Nurse Bedah dalam drama ini menepati sifat-sifat semula jadi orang melayu iaitu beliau suka menabur bakti kepada penduduk-penduduk lain apabila mereka dalam kesusahan.
·         Orang Melayu sentiasa jujur dalam setiap perbuatan mereka
·         Watak antagonis dalam drama ini menunjukkan sifat yang bertentangan dengan sifat semula jadi orang Melayu.Watak Ani sebagai seorang penjual jamu senring kali menipu pelanggan-pelanggannya dengan menjual jamu yang tidak asli kepada penduduk kampung
·         Amalan merisik menjadi adat Orang Melayu sebelum berkahwin
·         Watak utama lelaki dalam drama ini menunjukkan sifat yang betul bagi proses berkahwin.SebelumBeliau berjumpa dengan kedua-dua orang tua permpuan yang ingin dinikahi bagi mendapat persetujuan mereka.
·         Orang Melayu sentiasa bersungguh sungguh dalam melakukan sesuatu kerja.
·         Sifat ini dapat kita ambil dalam watak Nurse Bedah,beliau berkerja dengan bersungguh sungguh sebagai seorang nurse di klinik.Beliau tidak pernah mencuri tulang sewaktu bekerja kerana  beliau tahu perbuatan itu adalah tidak bermoral
·         Mentaati dan mengasihi Ibu Bapa
·         Mentaati ibubapa adalah perkara yang wajib dilakukan oleh setiap anak.Hal ini demikian kerana Islam juga menyuruh penganutnya mentaati ibubapa berdasarkan bukti dalam Al Quran dan Hadis.Dalam drama ini,sifat ini jelas ditonjolkan oleh watak utama iaitu Nurse Bedah.Beliau menjaga ibubapanya yang tua dengan seikhlas dan sebaik mungkin.

NUR NABILA BINTI ROSLI (2015218088)

Setelah saya menonton drama cerita ‘Hati Perempuan ‘ banyak pengajaran dan moral yang saya perolehi daripada cerita tersebut . Pertama sekali pengajaran yang saya dapat adalah cara berkomunikasi yang betul dan beradab . Contoh yang dapat lihat dalam cerita tersebut apabila Yuhanis bercakap dengan nada yang tinggi dengan Ku Ril sedangkan Ku Ril adalah suami beliau . Sepatutnya seorang isteri mestilah cakap sopan dengan suami kerana syurga seorang isteri terletak dibawah telapak kaki . Selain itu , pengajaran yang saya dapat ialah kita mestilah menghormati kedua ibu bapa kita walauapapun yang terjadi dan menziarahi kedua ibu bapa kita terutamanya semasa mereka sakit. Contohnya,yang saya dpat lihat apabila Yuhanis jarang menziarahi kedua ibu bapa dia. 


SAJIDAH BINTI ZAHARUDIN (2015680406)

Drama Melayu : Kau Aku Kita Episod 1
Kau Aku Kita merupakan adaptasi novel Kau Aku Kita hasil karya Orkid Edyliyne. Watak heroin utama ialah Iman Firdaus yang diatur pernikahannya dengan hero utama cerita ini iaitu Iman Firdaus juga tetapi lebih dikenali sebagai "Aus"

 Perbandingan Nilai Melayu di dalam M.A.I.D dan Nilai Budaya Melayu Yang Sepatutnya Diamalkan

Kau Aku Kita
Amalan Yang Perlu Dipraktikkan
- Perempuan yang perwatakan dan bahasanya     kasar

- Pemakaiannya menyerupai lelaki


- Sentiasa mengeluh


- Menyentuh lelaki/perempuan bukan muhrim
- Gelak ketawa yang kuat
- Sepatutnya seorang perempuan          
  perwatakannya lembut dan tidak menengking
- Pakaian seorang wanita perlulah menggambarkan bahawa kita seorang wanita dan mengikut syariah Islam
- Perlu banyak bersabar dan percaya dengan qada qadar Allah, mencari jalan penyelesaian
- Menjaga batas pergaulan antara lelaki dan perempuan
- Ketawa dengan sopan dan tidak terbahak-bahak terutama perempuan

No comments:

Post a Comment