OBJEKTIF
1. Menjelaskan ciri utama Tamadun Awal (lokasi, kegiatan
ekonomi dan perkembangan aktiviti ketamadunan yang terlibat)
2. Membuat analisa hubungan budaya, agama, bangsa dengan Tamadun
3. Membuat analisa cara interaksi tamadun tersebut dengan tamadun
lain
4. Membuat refleksi faktor kekuatan dan faktor kejatuhan tamadun
5. Membuat kesimpulan tiga elemen utama yang paling penting dalam
membina tamadun yang dikaji.
6. Membuat refleksi tentang pengajaran utama yang dipelajari dalam
melengkapkan aktiviti ini.
Tamadun awal
China telah wujud di Lembah
Sungai Hwang-Ho atau Lembah
Sungai Kuning pada tahun kira-kira 5000
SM. Lembah
Sungai Hwang-Ho ini mempunyai tanah loes yang
subur yang
sesuai untuk kegiatan pertanian. Bukti yang
menunjukkan kewujudan Tamadun
Hwang-Ho ini ialah perjumpaan manusia homo
sapien Cina di
Sze-Chuan dan
Yang-Tze. Selain itu, manusia
Peking juga ditemui dan dipercayai bahawa manusia ini hidup hampir
500,000 tahun dahulu. Kerajaan
Shang wujud pada zaman ini tetapi asal-usulnya kabur. Namun begitu, Kerajaan
Shang ini dipercayai bermula antara tahun
1700-1600 SM dan berakhir pada tahun
1122-1100 SM.
CIRI-CIRI TAMADUN
- Mempunyai petempatan kekal
- Mempunyai organisasi sosial
- Mempunyai sistem pemerintahan
- Mempunyai pengkhususan pekerjaan
- Mempunyai agama dan kepercayaan
- Mempunyai bahasa dan tulisan
KEGIATAN EKONOMI
- Sistem Ekonomi Sara Diri
- Sistem Ekonomi Komersil
- Sistem Ekonomi Perdagangan
PEMBINAAN SISTEM
1. PENGAIRAN
Sejak zaman awal dinasti China terutama zaman Shang, pemimpin mereka amat prihatin terhadap pembangunan pertanian . Oleh itu, terusan-terusan dibina untuk mengairkan kawasan pertanian selain mengelakkan berlakunya banjir. Sistem pemerintahan ini telah diteruskan pada zaman Chin oleh Shih Huang Ti ke kawasan barat daya China. Sebuah terusan telah dibina di Szechwan untuk mengairkan kawasan pertanian di wilayah tersebut.
2. PEMBANGUNAN DALAM SEKTOR PERTANIAN
Selain itu, pembangunan dalam sektor pertanian ini juga membawa kepada kemajuan dalam teknologi pembajakan serta penciptaan cangkul dan sabit. Pada zaman ini petani juga mula menggunakan batas untuk tujuan penanaman. Perubahan juga berlaku secara evolusi apabila petani China mula menggantikan alat pertanian yang dibuat daripada kayu dengan yang dibuat daripada besi.
3. GUN POWDER
Bahan letupan
(gunpowder) pula telah dicipta oleh ahli-ahli alkimia Daois yang
menemui formulanya dalam uji kaji mencampur
saltpetre dengan sulfur dan karbon. Menjelang kurun
ke-7, orang Cina sudah pun menggunakan bahan letupan untuk membuat bunga api. Bahan letupan mulai digunakan dalam bidang militari pada tahun 906 oleh ketua tentera Tang
(618-906). Ilmu bahan letupan dibawa masuk dan diperkenalkan ke negara Arab
pada kurun
ke-13 dan seterusnya dan situ
diperkenalkan ke negara Eropah.
4. ANALECT
Confucianisme diasaskan oleh
Confucius yang lahir pada sekitar tahun 551
S.M. Confucianisme merupakan doktrin kenegaraan
(state) yang merangkumi aspek-aspek falsafah, keagamaan dan sosiopolitik yang
termaktub dalam . Pengajaran utama
Confucius menekankan pengamalan nilai dan sifat
moral yang mulia, terutama mengenai perikemanusiaan (ren), kesusilaan (li)
dan ketaatan kepada ibu bapa (xiao). Kesemua nilai yang
mulia ini diteladani
orang yang bermoral dan bersikap mulia (junzi). Oleh yang
demikian, manusia dikatakan berpotensi untuk mencapai empat jenis sifat yang
baik, iaitu perikemanusiaan (ren), kewajaran (yi), kesusilaan (li)
dan keanfan (zhi).
5. PATRICHIAL SOCIETY
Lelaki mempunyai peranan yang utama dalam setiap kerja. Antara peranan utama lelaki ialah menjalankan tanggungjawab ritual. Manakala, wanita pula bertanggungjawab untuk melakukan kerja-kerja rumah dan menjaga anak. Hanya lelaki sahaja yang boleh menjalankan tanggungjawab agama. Nilai sesebuah kekeluargaan sangat penting dan para wanita juga diberi kehormatan. Tetapi, mereka menafikan hak wanita
ANALISA HUBUNGAN BUDAYA , BANGSA DAN AGAMA DENGAN TAMADUN
BUDAYA
Kebudayaan Lembah Sungai Hwang-Ho ditemukan sekitar 3000 SM. Orang Cina menyebut negerinya sebagai Chung Kuo, ertinya negeri tengah karena terletak di tengah-tengah dunia. Rakyatnya disebut Hwang-Chung Hua atau Cina, yang umumnya berada di Lembah Sungai Hwang-Ho dan Sungai Yang Tse Kiang. Di sinilah pusat peradaban Cina banyak ditemukan.
Selain berupa sastera, kebudayaan Cina yang muncul dan berkembang di lembah Sungai Kuning(hwang ho) adalah seni lukis, seramik, kuil, dan istana. Perkembangan seni lukis terlihat dari banyaknya lukisan hasil karya tokoh ternama yang menghiasi istana dan kuil. Lukisan yang dipajang umumnya berupa lukisan alam semesta, lukisan dewa-dewa, dan lukisan raja yang pernah memerintah. Rakyat Cina menganggap bahawa kaisar atau raja merupakan penjelmaan dewa sehingga istana untuk sang raja dibangun dengan indah dan megah. Hasil kebudayaan Cina yang sangat terkenal hingga saat ini adalah Tembok Besar Cina.
The Great Wall Of China(hasil kejayaan tamadun hwang ho)
The
Great Wall Of China atau biasa disebut Tembok Besar Cina dibangun pada masa pemerintahan Dinasti Chin (namun ada sumber lain yang menyatakan tembok cina didirikan pada Dinasti Yin). Pada masa pemerintahan kaisar Shih Huang Ti dengan tujuan untuk menghalang-halangi gerakan-gerakan dari bangsa pengembara yang berada di sebelah utara negeri Cina.
Shih
Huang Ti memerintahkan untuk membangun tembok besar yang dikerjakan selama kira-kira 18 abad dan berakhir pada zaman Dinasti Ming (abad ke-17 M). Namun sebelumnya di daerah Cina utara sudah dibangun dinding terpisah untuk menangkal serangan yang dilakukan oleh suku di sebelah utara Cina. Dinding-dinding itu dihubungkan menjadi tembok raksasa yang panjangnya 7000 Km dan tingginya 16 m serta lebarnya 8 m.
CONFUCIANISME
Diasaskan oleh
Confucius yang lahir sekitar 551S.M. ketika dinasti Han. Confucius pernah menjadi pegawai kerajaan negeri Lu. Namun, beliau telah meletakkan jawatan dan mengembara untuk menyebarkan ideanya.Masyarakat
China telah menjadikan ajaran ini sebagai kepercayaan sepanjang dinasti Han,
Tang, Song dan Ming dan berkembang hingga ke Jepun dan Asia Tenggara. Tokoh
Confucius telah disembah sebagai salah satu dewa penting. Confucianisme menekankan prinsip
moral yang tinggi seperti perikemanusiaan (ren), kesusilaan (li) dan ketaatan kepada ibu bapa (xiao). Aspek pendidikan amat ditekankan untuk mencapai ketinggian
moral dalam semua lapisan masyarakat.
Simbol Confucianisme .Dalam penulisannya digambarkan sebagai tangan yang
memegang kayu untuk mengajar anak.
ZHONGHUA MINZU(BANGSA TIONGHUA)
Zhong Hua Minzu, bangsa Tionghua merupakan nama panggilan gabungan 5 kaum besar bangsa Cina. Pada awalnya bangsa Cina dikenali sebagai Huaxia yang tinggal di sepanjang Sungai Kuning/Hwang Ho di China Utara. Kemudian bertukar kapada nama bangsa Han semasa Dinasti Han dan bangsa Tang semasa Dinasti Tang.
Pada asasnya bangsa cina terdiri daripada beberapa kumpulan etnik besar iaitu Han, Hui, Manchu, Mongol dan Zang di Tibet. Namun, kini terdapat 56 etnik yg mendiami negara China hasil daripada penghijrahan dan pemerintahan yang berlaku di China yang
didominasi sebanyak 90 peratus oleh kaum Han.
KRONOLOGI PERKEMBANGAN BANGSA TIONG HUA
Ketika dinasti han , pemeerintahan oleh bangsa Han . Kemudian , muncul dinasti Tang yang diperintah oleh bangsa Han juga namun mendapat bantuan daripada kenteteraan bangsa Hui daripada khalifah Abbasiyyah di Baghdad yang berasal dari Asia Tengah , Arab dan Persia . Seterusnya , wujud pula Dinasti Yuan yang diperintah oleh bangsa mongol . Penambahan kedatangan bangsa Hui akinat bantuan ketenteraan . Kemudian , muncul dinasti Ming . Ketika ini , rampasan kuasa oleh bangsa Han kembali . Perkahwinan bangsa han untuk melindungi dari prasangka bangsa Cina Han . Seterusnya , wujud pula dinasti Qing yang diperintah oleh bangsa Manchu . Kebanyakan Muslim bangsa Manchu mempertahan hubungan baik bersama bangsa Hui.
CARA INTERAKSI TAMADUN HWANG HO DAN TAMADUN LAIN
INTERAKSI TAMADUN HWANG HO DAN TAMADUN ISLAM :
Interaksi antara tamadun-tamadun ini meninggalkan kesan positif dan negatif. Pedagang-pedagang Parsi dan Arab telah melakukan perdagangan dengan pedagang-pedagang China. Akibatnya,belaku penyebaran Islam melalui perkahwinan campur antara pedagang dan wanita-wanita tempatan
INTERAKSI ANTARA TAMADUN HWANG HO DAN TAMADUN JEPUN:
- Pengenalan agama Buddha kepada Tamadun Jepun yang pada awalnya mereka berpegang kepada agama shinto
- Ajaran Konfucisianisme yang disebarkan kepada Tamadun Jepun yang boleh memantapkan inStitusi kekeluargaan.
- Tulisan cina menjadi asas kepada pembentukan tulisan Jepun
KEJATUHAN TAMADUN HWANG HO
1. Dinasti Hsia yang bermula pada sekitar tahun 2205-1766 S.M
2. Dinasti Shang pada sekitar tahun 1766-1050 S.M
3. Dinasti Chou dari tahun 1050 S.M hingga tahun 256 S.M
MENGAPAKAH DINASTI SHANG MENGALAMI KEJATUHAN?
Dinasti Shang mengalami kejatuhan disebabkan berlaku pemberontakan yang dilancarkan oleh golongan hamba yang tidak berpuas hati dengan kezaliman pemerintahan Dinasti Shang . Suku kaum Chou yang mendiami Lembah Sungai Wei di bahagian barat mengambil kesempatan untuk menyingkirkan dan menggantikan pemerintahan Dinasti Shang dengan pemerintahan Dinasti Chou dari tahun 1050 S.M. hingga tahun 256 S.M..
KESIMPULAN
Masyarakat Hwang Ho mempunyai beberapa siri iaitu:
◦sistem tulisan
◦masih digunakan oleh orang cina. Malah berkembang menjadi Bahasa Korea dan Jepun
◦agama dan kepercayaan
◦unsur korban manusia telah diganti dengan unsur makanan,duit kertas dan barangan perhiasan.
◦kemajuan sains dan teknologi
◦teknologi pembajakan serta penciptaan cangkul dan sabit. Membantu dalam pertanian dengan menukarkan alat pertanian yang diperbuat daripada kayu dengan besi
REFLEKSI
POLITIK
Kecekalan para
pemerintah dan masyarakatnya mengawal aliran Hwang Ho.
Sifat-sifat raja yang saksama dan adil
Kesetiaan rakyat kepada raja.
Pentingnya kestabilan politik.
Mewujudkan pentadbiran yang licin.
Kemantapan komuniti dan identiti seseorang.
BUKTI
ORGANISASI SOSIAL
Susun lapis dalam organisasi sosial masyarakat Shang
dapat dibahagikan kepada dua iaitu lapisan atasan dan lapisan bawahan
Golongan
raja dan pembesar menduduki lapisan paling atas yang diterajui oleh
raja.
Lapisan
bawahan dibentuk oleh golongan petani. Golongan ini yang membentuk sebahagian
besar penduduk yang mendiami kawasan tinggal di luar bandar , iaitu di
sekeliling Negara kota .
Golongan artisan juga terdapat dalam lapisan
bawahan. Golongan ini wujud sebahagian besar kerana penguasaan mereka dalam
teknologi gangsa
Gangsa telah
digunakan untuk menghasilkan senjata, perisai dan hiasan pada kereta kuda
(digunakan oleh tentera ,serta peralatan untuk upacara keagamaan)
.
PENGKHUSUSAN KERJA
Terdapat dua kumpulan tentera :
- Tentera yang
menggunakan kereta kuda
- Tentera berjalan kaki.
Golongan
petani sebagai tonggak ekonomi dan pentadbiran berperanan untuk memenuhi
keperluan golongan atasan. Golongan artisan yang
berperanan untuk cipta pelbagai barangan tembaga .
Golongan
hamba berfungsi sebagai :
- Tentera paksaan
- Digunakan
untuk membantu kerja-kerja perburuhan
- Untuk
tujuan korban dalam upacara penyembahan
TULISAN MOH-TZE, LAO-TZE, KUNG FU TZE & MENG TZE
Tulisan ini menekankan tentang sifat-sifat raja yang
adil dan saksama .
Kesetiaan kepada raja serta perlindungan yang diberikan oleh
raja kepada rakyat merupakan dimensi yang penting kerajaan dalam
tamadun-tamadun tradisional .
Namun , sekiranya seorang raja melanggar lunas-lunas
keadilan maka ketika itu rakyat boleh menyanggah dengan tujuan untuk
membetulkannya.
AGAMA
Mengutamakan ajaran agama.
Pengekalan kepercayaan dan agama.
BUKTI
Agama ialah fenomena masyarakat yang boleh dikesan
melalui fenomena tersebut :
Perlakuan : sembahyang , membuat sajian , perayaan dan
upacara .
Sikap : hormat , kasih ataupun takut kepada kuasa luar
biasa dan anggapan suci dan bersih terhadap agama .
Pernyataan : kalimah suci , jampi dan mantera
Agama
berkaitan dengan tatasusila masyarakat . Ini bermakna agama bukanlah tentang
hubungan dengan tuhan semata-mata , ia juga berkaitan dengan hubungan manusia
sesama manusia
CONFUCIUS
Masyarakat China telah menjadikan ajaran ini
sebagai satu kepercayaan dan tokoh confuciuse telah disembah sebagai sebuah
dewa yang penting. Ajaran ini menekankan kepentingan prinsip moral yang tinggi
seperti keperikemanusiaan (ren), Kesusilaan (li) serta ketaatan kepada ibu bapa
(xiao).
Ajaran Konfucius :
- Amat mementingkan akhlak yang mulia dengan
menjaga hubungan antara manusia di langit dengan manusia di bumi dengan baik.
- Penganutnya diajar supaya tetap mengingati
nenek moyang seolah-olah roh mereka hadir di dunia ini.
- Merupakan susunan falsafah & etika yang
mengajar bagaimana manusia bertingkah laku.
EKONOMI
Memajukan bidang pertanian .
Kemajuaan ekonomi .
Aplikasi taktik perniagaan .
BUKTI
KEMAJUAN BIDANG PERTANIAN TAMADUN HWANG HO
Pembinaan sistem pengairan atau terusan
Kemajuan dalam teknologi pembajakan
Penciptaan cangkul
Penciptaan sabit
Penggunaan batas
Menukar alat pertanian daripada kayu kepada besi
Penggunaan tenggala untuk membuat batas
Penciptaan kolar kuda untuk membolehkan kuda menarik
tenggala kayu
Sistem penanaman secara bergilir
Kawasan bukit diteres untuk kegiatan pertanian
Pembinaan terusan untuk mengawal banjir
KESAN DARIPADA KEMAJUAN EKONOMI
Menyediakan bekalan makanan
Menjadi bahan untuk tujuan perdagangan
Membolehkan tidak bergantung kepada bekalan daripada
negara luar
Menjadi sumber pekerjaan penduduk
Menjadi lambang kemegahan sesebuah
tamadun
Membolehkan rakyat menjana pendapatan / hasil negara
Membolehkan rakyat menjana pendapatan / hasil negara
Membolehkan pengkhususan pekerjaan berlaku
Membolehkan tanah dibangunkan secara optimum
Meningkatkan kemajuan sains dan teknologi dalam
masyarakat
Melahirkan masyarakat yang inovatif dan kreatif
Sumbangan
penting tamadun ini yang cuba digunakan sehingga hari ini, iaitu
pengamalan falsafah perang Sun Tzu.
Karyanya,
the Art of War yang membicarakan selok-belok perang dan bagaimana
menyerang musuh telah diulang cetak ke dalam pelbagai bahasa.
Pada
hari ini, falsafah tersebut diaplikasikan pula sebagai taktik dalam urusan
perniagaan.
MASYARAKAT
Memelihara
warisan negara
Mengekalkan
keharmonian dalam masyarakat
Berubah mengikut peredaran zaman
BUKTI
Salah satu kepercayaan dari tamadun hwang ho yang masih
berkekalan sehingga hari ini ialah pemujaan roh nenek moyang.
Unsur pemujaan
yang telah dijalankan sejak zaman Shang ini telah diteruskan mengikut
kesesuaian masa.
MisaInya, unsur korban manusia tidak lagi diamalkan dan
digantikan dengan unsur makanan, duit kertas, dan barangan perhiasan.
Konsep Yin dan Yang serta Feng Hsui merupakan dua
daripada kepercayaan yang masih terdapat dalam masyarakat China sehingga hari
ini.
No comments:
Post a Comment