HUBUNGAN MANUSIA DENGAN ALLAH SWT
SURAH ADZ – DZARIYAT AYAT 56 (51:56)
Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin
dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.
SURAH AL – BAQARAH AYAT 186 (2:186)
Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu
mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa
hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia
berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu),
dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.
SURAH QAF AYAT 16 (50:16)
Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta
manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang
(pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya,
SURAH AL – KAHFI AYAT 110 (18:110)
Katakanlah (wahai Muhammad):
"Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan
kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang
percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan
amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya
kepada Tuhannya".
HUBUNGAN MANUSIA DENGAN ALAM
(AL ANBIYA AYAT 30)
-“Dan apakah orang-orang yang kafir tidak
mengetahui bahwasanya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang
padu, Kemudian kami pisahkan antara keduanya.dan dari air kami jadikan segala
sesuatu yang hidup. Maka mengapakah mereka tiada juga beriman?”
- “Dan Dialah Allah yang menjadikan segala
yang ada di bumi untuk kamu. dan Dia berkehendak (menciptakan) langit, lalu
dijadikan-Nya tujuh langit. Dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu.”
(AL ANBIYA AYAT 107)
Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.
(AL-HUJURAT,AYAT 11)
Maksudnya:Wahai orang yang
beriman!.Janganlah sesuatu kaum (lelaki) mencemuh sesuatu kaum lelaki yang lain
kerana boleh jadi mereka(yang di cemuh) lebih baik daripada (yang mencemuh) dan
jangan pula perempuan-perempuan (mencemuh) perempuan yang lain kerana boleh
jadi perempuan (yang dicemuh) lebih baik daripada (perempuan yang
mencemuh).Janganlah kamu saling mencela antara satu sama laindan janganlah
memanggil dengan saling memanggil dengan gelaran yang buruk.Seburuk-buruk
panggilan adalah (panggilan) yang buruk (fasik) setelah beriman.dan barangsiapa
yang tidak bertaubat,mereka itulah orang yang zalim.
-Ini menunjukkan bahawa
semua orang Mukmin itu adalah bersaudara seagama dan sepenanggungan.Oleh
itu,amatlah penting menjaga hubungan dengan manusia.-
(AN-NISA’,AYAT 2)
Maksudnya:Dan berikanlah
kepada anak-anak yatim (yang sudah dewasa)harta mereka,dan janganlah kamu menukarkan
yang baik dengan yang buruk dan janganlah kamu makan harta mereka (dengan
menghimpunkannya) dengan harta kamu.Sesungguhnya perbuatan itu adalah dosa
besar.
-Berdasarkan ayat di
atas,maka wajiblah penjaga harta anak yatim menjaga harta tersebut dengan
sebaiknya dalam usaha menjaga hubungan penjaga harta anak yatim dan juga anak
yatim tersebut-
(AL-ANFAL;AYAT 74)
Maksudnya:Dan orang-orang
yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah,dan orang yang
memberi tempat kediaman dan memberi pertolongan (kepada orang Muhajirin),mereka
itulah orang yang benar-benar beriman.Mereka memperolehi keampunan dan rezeki
(nikmat) yang mulia.
-Berdasarkan ayat surah
Al-Anfal di atas,maka jelaslah kepada kita seorang muslim haruslah membantu
seorang muslim yang lain dalam apa jua keadaan.Hal ini demikian kerana
sesungguhnya orang muslim itu adlah bersaudara-
No comments:
Post a Comment