Monday 30 November 2015

Aktiviti Mingguan: Definisi Budaya Ilmu

Daripada Wan Mohd Nor W. Daud

Budaya ilmu merupakan kewujudan keadaan bagi setiap lapisan masyarakat melibatkan diri dengan kegiatan ilmu.

Aktiviti Mingguan: Perbezaan Utama Falsafah Islam dan Barat

PERBEZAAN PANDANGAN UMUM
Maksud falsafah dari segi pandangan Barat ialah bermaksud mencintai dan hikmah . Falsafah Barat juga menganggap falsafah sebagai suatu ilmu fizikal, tujuan kehidupan manusia dan hubungannya dengan alam. Falsafah dari pandangan Islam ialah mengenai hakikat sesuatu(Tuhan) yang berada dalam kemampuan manusia untuk mendapatkannya.



PERBEZAAN FALSAFAH BARAT DAN ISLAM DARI ASPEK KONSEP
BARAT
ISLAM
·         Ciri-ciri semula jadi manusia bersifat sejagat.

·         Menumpukan perkara-perkara asas sahaja.


·         Bersifat praktikal dan pragmatik.
·         Proses pendidikan merupakan penyatuan semua ilmu pengetahuan di bawah Al-Quran yang menjadi teras pendidikan.

·         Pendidikan memainkan peranan ke arah mewujudkan peranan ke arah mewujudkan keseimbangan antara potensi, fizikal, intelek dan rohani manusia.

PERBEZAAN MATLAMAT
BARAT
ISLAM
·         Mengajar ilmu dan budaya yang bersifat asas sahaja.

·         Mengasaskan corak budaya baru.

·         Menghasilkan individu yang bersedia menghadapi perubahan dalam kehidupan seharian.
·         Membentuk dan memperkembangkan insan supaya menjadi muslim yang berilmu, beriman, beramal soleh dan berperibadi mulia ke arah melengkapkan diri serta bertanggungjawab sebagai hamba dan khalifah yang bertakwa.

·         Melahirkan insan yang taat kepada Allah S.W.T, hidup dalam masyarakat dengan harmoni, aman dan damai dan seterusnya mendapat keberkatan.



Friday 27 November 2015

Aktiviti Mingguan: Dalil Al-Quran Tentang Hubungan Manusia Dengan Allah, Alam dan Manusia

HUBUNGAN MANUSIA DENGAN ALLAH SWT


SURAH ADZ – DZARIYAT AYAT 56 (51:56)
Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.


SURAH AL – BAQARAH AYAT 186 (2:186)
Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.


SURAH QAF AYAT 16 (50:16)
Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya,


SURAH AL – KAHFI AYAT 110 (18:110)
Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya".


HUBUNGAN MANUSIA DENGAN ALAM


(AL ANBIYA AYAT 30)
-“Dan apakah orang-orang yang kafir tidak mengetahui bahwasanya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu, Kemudian kami pisahkan antara keduanya.dan dari air kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakah mereka tiada juga beriman?”

 (AL BAQARAH AYAT 29)
- “Dan Dialah Allah yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu. dan Dia berkehendak (menciptakan) langit, lalu dijadikan-Nya tujuh langit. Dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu.”

(AL ANBIYA AYAT 107)
Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.


 HUBUNGAN MANUSIA DENGAN MANUSIA


 
(AL-HUJURAT,AYAT 11)
Maksudnya:Wahai orang yang beriman!.Janganlah sesuatu kaum (lelaki) mencemuh sesuatu kaum lelaki yang lain kerana boleh jadi mereka(yang di cemuh) lebih baik daripada (yang mencemuh) dan jangan pula perempuan-perempuan (mencemuh) perempuan yang lain kerana boleh jadi perempuan (yang dicemuh) lebih baik daripada (perempuan yang mencemuh).Janganlah kamu saling mencela antara satu sama laindan janganlah memanggil dengan saling memanggil dengan gelaran yang buruk.Seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk (fasik) setelah beriman.dan barangsiapa yang tidak bertaubat,mereka itulah orang yang zalim.


-Ini menunjukkan bahawa semua orang Mukmin itu adalah bersaudara seagama dan sepenanggungan.Oleh itu,amatlah penting menjaga hubungan dengan manusia.-



(AN-NISA’,AYAT 2)
Maksudnya:Dan berikanlah kepada anak-anak yatim (yang sudah dewasa)harta mereka,dan janganlah kamu menukarkan yang baik dengan yang buruk dan janganlah kamu makan harta mereka (dengan menghimpunkannya) dengan harta kamu.Sesungguhnya perbuatan itu adalah dosa besar.


-Berdasarkan ayat di atas,maka wajiblah penjaga harta anak yatim menjaga harta tersebut dengan sebaiknya dalam usaha menjaga hubungan penjaga harta anak yatim dan juga anak yatim tersebut-






(AL-ANFAL;AYAT 74)
Maksudnya:Dan orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah,dan orang yang memberi tempat kediaman dan memberi pertolongan (kepada orang Muhajirin),mereka itulah orang yang benar-benar beriman.Mereka memperolehi keampunan dan rezeki (nikmat) yang mulia.

-Berdasarkan ayat surah Al-Anfal di atas,maka jelaslah kepada kita seorang muslim haruslah membantu seorang muslim yang lain dalam apa jua keadaan.Hal ini demikian kerana sesungguhnya orang muslim itu adlah bersaudara-