Tamadun Islam mengatur dan
menyempurnakan hubungan manusia dengan Penciptanya iaitu Allah S.W.T melalui
rukun iman yang enam, rukun islamyang lima, doa,zikir, taubat, tasbih, jihad,
amar makruf, nahi mungkar dan sebagainya.
Ia juga dikenali sebagai ibadat khusus. Ibadat sebenarnya merupakan
fungsi utama manusia sebagai khalifah Allah S.W.T di atas muka bumi ini.Hal ini
diperjelaskan oleh Allah S.W.T dalam ayat, terjemahannya:
(surah al-Baqarah 2:30)
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu
berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah
di bumi”. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata):
“Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan
membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa
bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?”. Tuhan berfirman: “Sesungguhnya
Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya”
Beribadat kepada Allah S.W.T
merupakan tanda kesyukuran manusia terhadap kurniaan rahmat dan nikmat Allah
S.W.T yang tidak terhingga dan ternilai banyaknya. Kehidupan manusia di dunia
ialah sementara dan merupakan jambatan untuk menuju ke akhirat . Kehidupan
akhirat lebih kekal dan abadi. Hidup di dunia terhad dalam jangka masa tertentu
yang diberikan oleh Allah S.W.T kepada manusia untuk menyediakan bekalan
secukupnya untuk kehidupan akhirat yang lebih kekal dan abadi. Bekalan itu
ialah beribadat kepada-Nya.
Oleh
itu, perhubungan dengan Allah s.w.t adalah yang paling unggul, bahagia dan suci
murni. Di samping itu, hubungan dengan Allah ada implikasinya tersendiri:
-Pengiktirafan
terhadap pencipta
-Pengiktirafan
terhadap keagungan pemerintahan-Nya dan kebesaran kekuasaan-Nya
-Pengiktirafan
terhadap nikmat-nikmat Allah
-Menyedari
dan mengharapkan rahmat Allah
-Penumpuan
kepada Allah melalui permohonan dan doa
-Cinta
dan rindukan Allah sebagai matlamat
MENJAGA DIRI
DAN NYAWA
Nyawa
merupakan kurniaan Allah SWT untuk memberi peluang dan bekalan kepada manusia
untuk mengabdikan diri kepada-Nya. Lantaran itu, dalam membina tamadun
dan kemajuan, ajaran Islam menekankan penjagaan nyawa manusia. Justeru, jiwa dan
nyawa manusia milik mutlak Allah SWT, sedangkan manusia adalah pemilik secara
nisbi sahaja, maka mereka mestilah memelihara nyawa sendiri dan orang lain.
Penekanan ini menyebabkan Islam mengharam membunuh diri dan melakukan
pembunuhan kepada orang lain seperti:
Sehubungan
itu, dalam membina kemajuan dan peradaban, Islam juga mengharamkan tujuan
kemajuan adalah untuk kemusnahan seperti pembinaan senjata nuklear dan kimia
untuk membunuh orang lain atau membawa kehancuran.
MENJAGA
HUBUNGAN SESAMA MANUSIA
Manusia tidak
dapat hidup bersendirian, lebih-lebih lagi dalam membina tamadun dan kemajuan.
Justeru itu Islam menggariskan peraturan dalam membina hubungan tersebut dengan
menghayati segala sifat terpuji dan menjauhi sifat tercela. Sifat yang dituntut
oleh Islam antaranya saling membantu pada perkara takwa dan kebaikan dan tidak
membantu pada perkara dosa dan keburukan seperti:
(surah al-Maidah: 2)
“….... Dan tolong-menolonglah kamu dalam
(mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat
dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah
amat berat siksa-Nya.
MENJAGA HUBUNGAN DENGAN ALAM SEKITAR
Dalam usaha pembinaan tamadun perlu juga menitik beratkan hubungan antara manusia dengan alam sekitarnya.
Di atas muka bumi contohnya terdapat pelbagai haiwan yang liar dan jinak yang boleh diternak bagi dijadikan makanan yang enak dan berkhasiat. Tumbuh-tumbuhan pula dijadikan oleh Allah S.W.T untuk membolehkan manusia mendapat kenyamanan berteduh di bawahnya,dijadikan bahan binaan rumah, perabot dan buahnya pula boleh dijadikan makanan yang lazat. Di dalam perut bumi pula terdapat pelbagai galian yang boleh digunakan untuk pelbagai tujuan dalam industri berat yang menghasilkan pelbagai kenderaan, alat binaan rumah, perhiasan dan lain-lain lagi. Hal ini diperjelaskan oleh Allah S.W.T seperti:
(Surah Al-An'aam 6:99)
Tamadun Islam mewajibkan agar manusia yang mengusahakan sesuatu yang boleh membawa kepada kesejahteraan kehidupan mereka di atas muka bumi ini melalui sumber alam yang sedia ada. Dalam masa yang sama mereka berkewajipan memastikan agar kegiatan itu tidak merosakkan dan memusnahkan alam sekitarnya serta membunuh kehidupan lain seperti haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Pembangunan yang digalakkan ialah yang mesra alam.
No comments:
Post a Comment