Monday, 7 December 2015

Tamadun Hwang Ho

OBJEKTIF

 1. Menjelaskan ciri utama Tamadun Awal (lokasi, kegiatan    
      ekonomi dan perkembangan aktiviti ketamadunan yang terlibat)
 2. Membuat analisa hubungan budaya, agama, bangsa dengan Tamadun
 3. Membuat analisa cara interaksi tamadun tersebut dengan tamadun
      lain
 4. Membuat refleksi faktor kekuatan dan faktor kejatuhan tamadun
 5. Membuat kesimpulan tiga elemen utama yang paling penting dalam
      membina tamadun yang dikaji
 6. Membuat refleksi tentang pengajaran utama yang dipelajari dalam  
      melengkapkan aktiviti ini.


Tamadun awal China telah wujud di Lembah Sungai Hwang-Ho atau Lembah Sungai Kuning pada tahun kira-kira 5000 SM. Lembah Sungai Hwang-Ho ini mempunyai tanah loes yang subur yang sesuai untuk kegiatan pertanian. Bukti yang menunjukkan kewujudan Tamadun Hwang-Ho ini ialah perjumpaan manusia homo sapien Cina di Sze-Chuan dan Yang-Tze. Selain itu, manusia Peking juga ditemui dan dipercayai bahawa manusia ini hidup hampir 500,000 tahun dahulu. Kerajaan Shang wujud pada zaman ini tetapi asal-usulnya kabur. Namun begitu, Kerajaan Shang ini dipercayai bermula antara tahun 1700-1600 SM dan berakhir pada tahun 1122-1100 SM.

CIRI-CIRI TAMADUN

  •   Mempunyai petempatan kekal
  •   Mempunyai organisasi sosial
  •  Mempunyai sistem pemerintahan
  •   Mempunyai pengkhususan pekerjaan
  •   Mempunyai agama dan kepercayaan
  •    Mempunyai bahasa dan tulisan
KEGIATAN EKONOMI

  •  Sistem Ekonomi Sara Diri
  •  Sistem Ekonomi Komersil
  •  Sistem Ekonomi Perdagangan
PEMBINAAN SISTEM

1. PENGAIRAN
   Sejak zaman awal dinasti China terutama zaman Shang, pemimpin mereka amat prihatin terhadap pembangunan pertanian . Oleh itu, terusan-terusan dibina untuk mengairkan kawasan pertanian selain mengelakkan berlakunya banjir. Sistem pemerintahan ini telah diteruskan pada zaman Chin oleh Shih Huang Ti ke kawasan barat daya China. Sebuah terusan telah dibina di Szechwan untuk mengairkan kawasan pertanian di wilayah tersebut.
2. PEMBANGUNAN DALAM SEKTOR PERTANIAN
  Selain itu, pembangunan dalam sektor pertanian ini juga membawa kepada kemajuan dalam teknologi pembajakan serta penciptaan cangkul dan sabit. Pada zaman ini petani juga mula menggunakan batas untuk tujuan penanaman. Perubahan juga berlaku secara evolusi apabila petani China mula menggantikan alat pertanian yang dibuat daripada kayu dengan yang dibuat daripada besi
3. GUN POWDER
Bahan letupan (gunpowder) pula telah dicipta oleh ahli-ahli alkimia Daois yang menemui formulanya dalam uji kaji mencampur saltpetre dengan sulfur dan karbon. Menjelang kurun ke-7, orang Cina sudah pun menggunakan bahan letupan untuk membuat bunga api. Bahan letupan mulai digunakan dalam bidang militari pada tahun 906 oleh ketua tentera Tang (618-906). Ilmu bahan letupan dibawa masuk dan diperkenalkan ke negara Arab pada kurun ke-13 dan seterusnya dan situ diperkenalkan ke negara Eropah.


4. ANALECT

Confucianisme diasaskan oleh Confucius yang lahir pada sekitar tahun 551 S.M. Confucianisme merupakan doktrin kenegaraan (state) yang merangkumi aspek-aspek falsafah, keagamaan dan sosiopolitik yang termaktub dalam . Pengajaran utama Confucius menekankan pengamalan nilai dan sifat moral yang mulia, terutama mengenai perikemanusiaan (ren), kesusilaan (li) dan ketaatan kepada ibu bapa (xiao). Kesemua nilai yang mulia ini diteladani orang yang bermoral dan bersikap mulia (junzi). Oleh yang demikian, manusia dikatakan berpotensi untuk mencapai empat jenis sifat yang baik, iaitu perikemanusiaan (ren), kewajaran (yi), kesusilaan (li) dan keanfan (zhi).


5. PATRICHIAL SOCIETY
  Lelaki mempunyai peranan yang utama dalam setiap kerja. Antara peranan utama lelaki ialah menjalankan tanggungjawab ritual. Manakala, wanita pula bertanggungjawab untuk melakukan kerja-kerja rumah dan menjaga anak. Hanya lelaki sahaja yang boleh menjalankan tanggungjawab agama. Nilai sesebuah kekeluargaan sangat penting dan para wanita juga diberi kehormatan. Tetapi, mereka menafikan hak wanita
ANALISA HUBUNGAN BUDAYA , BANGSA DAN AGAMA DENGAN TAMADUN
BUDAYA
 Kebudayaan Lembah Sungai Hwang-Ho ditemukan sekitar 3000 SM. Orang Cina menyebut negerinya sebagai Chung Kuo, ertinya negeri tengah karena terletak di tengah-tengah dunia. Rakyatnya disebut Hwang-Chung Hua atau Cina, yang umumnya berada di Lembah Sungai Hwang-Ho dan Sungai Yang Tse Kiang. Di sinilah pusat peradaban Cina banyak ditemukan.
  Selain berupa sastera, kebudayaan Cina yang muncul dan berkembang di lembah Sungai Kuning(hwang ho) adalah seni lukis, seramik, kuil, dan istana. Perkembangan seni lukis terlihat dari banyaknya lukisan hasil karya tokoh ternama yang menghiasi istana dan kuil. Lukisan yang dipajang umumnya berupa lukisan alam semesta, lukisan dewa-dewa, dan lukisan raja yang pernah memerintah. Rakyat Cina menganggap bahawa kaisar atau raja merupakan penjelmaan dewa sehingga istana untuk sang raja dibangun dengan indah dan megah. Hasil kebudayaan Cina yang sangat terkenal hingga saat ini adalah Tembok Besar Cina.
 The Great Wall Of China(hasil kejayaan tamadun hwang ho)
              The Great Wall Of China atau biasa disebut Tembok Besar Cina dibangun pada masa pemerintahan Dinasti Chin (namun ada sumber lain yang menyatakan tembok cina didirikan pada Dinasti Yin). Pada masa pemerintahan kaisar Shih Huang Ti dengan tujuan untuk menghalang-halangi gerakan-gerakan dari bangsa pengembara yang berada di sebelah utara negeri Cina.
             Shih Huang Ti memerintahkan untuk membangun tembok besar yang dikerjakan selama kira-kira 18 abad dan berakhir pada zaman Dinasti Ming (abad ke-17 M). Namun sebelumnya di daerah Cina utara sudah dibangun dinding terpisah untuk menangkal serangan yang dilakukan oleh suku di sebelah utara Cina. Dinding-dinding itu dihubungkan menjadi tembok raksasa yang panjangnya 7000 Km dan tingginya 16 m serta lebarnya 8 m.


CONFUCIANISME

  Diasaskan oleh Confucius yang lahir sekitar 551S.M. ketika dinasti Han. Confucius pernah menjadi pegawai kerajaan negeri Lu. Namun, beliau telah meletakkan jawatan dan mengembara untuk menyebarkan ideanya.Masyarakat China telah menjadikan ajaran ini sebagai kepercayaan sepanjang dinasti Han, Tang, Song dan Ming dan berkembang hingga ke Jepun dan Asia Tenggara. Tokoh Confucius telah disembah sebagai salah satu dewa pentingConfucianisme menekankan prinsip moral yang tinggi seperti perikemanusiaan (ren), kesusilaan (li) dan ketaatan kepada ibu bapa (xiao). Aspek pendidikan amat ditekankan untuk mencapai ketinggian moral dalam semua lapisan masyarakat.




Simbol Confucianisme .Dalam penulisannya digambarkan sebagai tangan yang memegang kayu untuk mengajar anak.

ZHONGHUA MINZU(BANGSA TIONGHUA)

  Zhong Hua Minzu, bangsa Tionghua merupakan nama panggilan gabungan 5 kaum besar bangsa Cina. Pada awalnya bangsa Cina dikenali sebagai Huaxia yang tinggal di sepanjang Sungai Kuning/Hwang Ho di China Utara. Kemudian bertukar kapada nama bangsa Han semasa Dinasti Han dan bangsa Tang semasa Dinasti Tang.
  Pada asasnya bangsa cina terdiri daripada beberapa kumpulan etnik besar iaitu Han, Hui, Manchu, Mongol dan Zang di Tibet. Namun, kini terdapat 56 etnik yg mendiami negara China hasil daripada penghijrahan dan pemerintahan yang berlaku di China yang didominasi sebanyak 90 peratus oleh kaum Han.



KRONOLOGI PERKEMBANGAN BANGSA TIONG HUA

  Ketika dinasti han , pemeerintahan oleh bangsa Han . Kemudian , muncul dinasti Tang yang diperintah oleh bangsa Han juga namun mendapat bantuan daripada kenteteraan bangsa Hui daripada khalifah Abbasiyyah di Baghdad yang berasal dari Asia Tengah , Arab dan Persia . Seterusnya , wujud pula Dinasti Yuan yang diperintah oleh bangsa mongol . Penambahan kedatangan bangsa Hui akinat bantuan ketenteraan . Kemudian , muncul dinasti Ming . Ketika ini , rampasan kuasa oleh bangsa Han kembali . Perkahwinan bangsa han untuk melindungi dari prasangka bangsa Cina Han . Seterusnya , wujud pula dinasti Qing yang diperintah oleh bangsa Manchu . Kebanyakan Muslim bangsa Manchu mempertahan hubungan baik bersama bangsa Hui.


CARA INTERAKSI TAMADUN HWANG HO DAN TAMADUN LAIN

 INTERAKSI TAMADUN HWANG HO DAN TAMADUN ISLAM :
 Interaksi antara tamadun-tamadun ini meninggalkan kesan positif dan negatif. Pedagang-pedagang Parsi dan Arab telah melakukan perdagangan dengan pedagang-pedagang China. Akibatnya,belaku penyebaran Islam melalui perkahwinan campur antara pedagang dan wanita-wanita tempatan
  INTERAKSI ANTARA TAMADUN HWANG HO DAN TAMADUN JEPUN:
  •  Pengenalan agama Buddha kepada Tamadun Jepun yang pada awalnya mereka berpegang kepada agama shinto
  •  Ajaran Konfucisianisme yang disebarkan kepada Tamadun Jepun yang boleh memantapkan inStitusi kekeluargaan.
  •  Tulisan cina menjadi asas kepada pembentukan tulisan Jepun
KEJATUHAN TAMADUN HWANG HO

 1. Dinasti Hsia yang bermula pada sekitar tahun 2205-1766 S.M
 2. Dinasti Shang pada sekitar tahun 1766-1050 S.M
 3. Dinasti Chou dari tahun 1050 S.M hingga tahun 256 S.M
  MENGAPAKAH DINASTI SHANG MENGALAMI KEJATUHAN?
 Dinasti Shang mengalami kejatuhan disebabkan berlaku pemberontakan yang dilancarkan oleh golongan hamba yang tidak berpuas hati dengan kezaliman pemerintahan Dinasti Shang . Suku kaum Chou yang mendiami Lembah Sungai Wei di bahagian barat mengambil kesempatan untuk menyingkirkan dan menggantikan pemerintahan Dinasti Shang dengan pemerintahan Dinasti Chou dari tahun 1050 S.M. hingga tahun 256 S.M..
KESIMPULAN
  Masyarakat Hwang Ho mempunyai beberapa siri iaitu:
sistem tulisan
masih digunakan oleh orang cina. Malah berkembang menjadi Bahasa Korea dan Jepun
agama dan kepercayaan
unsur korban manusia telah diganti dengan unsur makanan,duit kertas dan barangan perhiasan.
kemajuan sains dan teknologi
teknologi pembajakan serta penciptaan cangkul dan sabit. Membantu dalam pertanian dengan menukarkan alat pertanian yang diperbuat daripada kayu dengan besi
REFLEKSI
POLITIK
 Kecekalan para pemerintah dan masyarakatnya mengawal aliran Hwang Ho.
 Sifat-sifat raja yang saksama dan adil
 Kesetiaan rakyat kepada raja.
 Pentingnya kestabilan politik.
 Mewujudkan pentadbiran yang licin.
 Kemantapan komuniti dan identiti seseorang.
BUKTI
ORGANISASI SOSIAL
 Susun lapis dalam organisasi sosial masyarakat Shang dapat dibahagikan kepada dua iaitu lapisan atasan dan lapisan bawahan
  Golongan raja dan pembesar menduduki lapisan paling atas yang diterajui  oleh raja.
  Lapisan bawahan dibentuk oleh golongan petani. Golongan ini yang membentuk sebahagian besar penduduk yang mendiami kawasan tinggal di luar bandar , iaitu di sekeliling Negara kota .
  Golongan artisan juga terdapat dalam lapisan bawahan. Golongan ini wujud sebahagian besar kerana penguasaan mereka dalam teknologi gangsa
 Gangsa telah digunakan untuk menghasilkan senjata, perisai dan hiasan pada kereta kuda (digunakan oleh tentera ,serta peralatan untuk upacara keagamaan)
 .

PENGKHUSUSAN KERJA

 Terdapat dua kumpulan tentera : 
       -        Tentera yang menggunakan kereta kuda 
       -        Tentera berjalan kaki.
  Golongan petani sebagai tonggak ekonomi dan pentadbiran berperanan untuk memenuhi keperluan golongan atasan. Golongan artisan yang berperanan untuk cipta pelbagai barangan tembaga .
  Golongan hamba berfungsi sebagai : 
       -        Tentera paksaan
       -        Digunakan untuk membantu kerja-kerja perburuhan 
       -        Untuk tujuan korban dalam upacara penyembahan

TULISAN MOH-TZE, LAO-TZE, KUNG FU TZE & MENG TZE

 Tulisan ini menekankan tentang sifat-sifat raja yang adil dan saksama .
 Kesetiaan kepada raja serta perlindungan yang diberikan oleh raja kepada rakyat merupakan dimensi yang penting kerajaan dalam tamadun-tamadun tradisional .
 Namun , sekiranya seorang raja melanggar lunas-lunas keadilan maka ketika itu rakyat boleh menyanggah dengan tujuan untuk membetulkannya.
AGAMA
 Mengutamakan ajaran agama.
 Pengekalan kepercayaan dan agama.
BUKTI
 Agama ialah fenomena masyarakat yang boleh dikesan melalui fenomena tersebut :
 Perlakuan : sembahyang , membuat sajian , perayaan dan upacara .
 Sikap : hormat , kasih ataupun takut kepada kuasa luar biasa dan anggapan suci dan bersih terhadap agama .
 Pernyataan : kalimah suci , jampi dan mantera
Agama berkaitan dengan tatasusila masyarakat . Ini bermakna agama bukanlah tentang hubungan dengan tuhan semata-mata , ia juga berkaitan dengan hubungan manusia sesama manusia 
CONFUCIUS
 Masyarakat China telah menjadikan ajaran ini sebagai satu kepercayaan dan tokoh confuciuse telah disembah sebagai sebuah dewa yang penting. Ajaran ini menekankan kepentingan prinsip moral yang tinggi seperti keperikemanusiaan (ren), Kesusilaan (li) serta ketaatan kepada ibu bapa (xiao). 
 Ajaran Konfucius :
  - Amat mementingkan akhlak yang mulia dengan menjaga hubungan antara manusia di langit dengan manusia di bumi dengan baik.
  - Penganutnya diajar supaya tetap mengingati nenek moyang seolah-olah roh mereka hadir di dunia ini.
  - Merupakan susunan falsafah & etika yang mengajar bagaimana manusia bertingkah laku.


EKONOMI
 Memajukan bidang pertanian .
 Kemajuaan ekonomi .
 Aplikasi taktik perniagaan .
 BUKTI
KEMAJUAN BIDANG PERTANIAN TAMADUN HWANG HO
 Pembinaan sistem pengairan atau terusan
 Kemajuan dalam teknologi pembajakan
 Penciptaan cangkul
 Penciptaan sabit
 Penggunaan batas
 Menukar alat pertanian daripada kayu kepada besi 
 Penggunaan tenggala untuk membuat batas
 Penciptaan kolar kuda untuk membolehkan kuda menarik tenggala kayu
 Sistem penanaman secara bergilir
 Kawasan bukit diteres untuk kegiatan pertanian
 Pembinaan terusan untuk mengawal banjir
KESAN DARIPADA KEMAJUAN EKONOMI

 Menyediakan bekalan makanan
 Menjadi bahan untuk tujuan perdagangan
 Membolehkan tidak bergantung kepada bekalan daripada negara luar
 Menjadi sumber pekerjaan penduduk
 Menjadi lambang kemegahan sesebuah tamadun
Membolehkan rakyat menjana pendapatan / hasil negara
 Membolehkan pengkhususan pekerjaan berlaku
 Membolehkan tanah dibangunkan secara optimum
 Meningkatkan kemajuan sains dan teknologi dalam masyarakat
 Melahirkan masyarakat yang inovatif dan kreatif



 Sumbangan penting tamadun ini yang cuba digunakan sehingga hari ini, iaitu pengamalan falsafah perang Sun Tzu.
 Karyanya, the Art of War yang membicarakan selok-belok perang dan bagaimana menyerang musuh telah diulang cetak ke dalam pelbagai bahasa.
  Pada hari ini, falsafah tersebut diaplikasikan pula sebagai taktik dalam urusan perniagaan.
MASYARAKAT
  Memelihara warisan negara
 Mengekalkan keharmonian dalam masyarakat
 Berubah mengikut peredaran zaman
BUKTI
 Salah satu kepercayaan dari tamadun hwang ho yang masih berkekalan sehingga hari ini ialah pemujaan roh nenek moyang. 
  Unsur pemujaan yang telah dijalankan sejak zaman Shang ini telah diteruskan mengikut kesesuaian masa. 
 MisaInya, unsur korban manusia tidak lagi diamalkan dan digantikan dengan unsur makanan, duit kertas, dan barangan perhiasan.
 Konsep Yin dan Yang serta Feng Hsui merupakan dua daripada kepercayaan yang masih terdapat dalam masyarakat China sehingga hari ini. 

No comments:

Post a Comment