Monday, 30 November 2015

Aktiviti Mingguan: Perbezaan Utama Falsafah Islam dan Barat

PERBEZAAN PANDANGAN UMUM
Maksud falsafah dari segi pandangan Barat ialah bermaksud mencintai dan hikmah . Falsafah Barat juga menganggap falsafah sebagai suatu ilmu fizikal, tujuan kehidupan manusia dan hubungannya dengan alam. Falsafah dari pandangan Islam ialah mengenai hakikat sesuatu(Tuhan) yang berada dalam kemampuan manusia untuk mendapatkannya.



PERBEZAAN FALSAFAH BARAT DAN ISLAM DARI ASPEK KONSEP
BARAT
ISLAM
·         Ciri-ciri semula jadi manusia bersifat sejagat.

·         Menumpukan perkara-perkara asas sahaja.


·         Bersifat praktikal dan pragmatik.
·         Proses pendidikan merupakan penyatuan semua ilmu pengetahuan di bawah Al-Quran yang menjadi teras pendidikan.

·         Pendidikan memainkan peranan ke arah mewujudkan peranan ke arah mewujudkan keseimbangan antara potensi, fizikal, intelek dan rohani manusia.

PERBEZAAN MATLAMAT
BARAT
ISLAM
·         Mengajar ilmu dan budaya yang bersifat asas sahaja.

·         Mengasaskan corak budaya baru.

·         Menghasilkan individu yang bersedia menghadapi perubahan dalam kehidupan seharian.
·         Membentuk dan memperkembangkan insan supaya menjadi muslim yang berilmu, beriman, beramal soleh dan berperibadi mulia ke arah melengkapkan diri serta bertanggungjawab sebagai hamba dan khalifah yang bertakwa.

·         Melahirkan insan yang taat kepada Allah S.W.T, hidup dalam masyarakat dengan harmoni, aman dan damai dan seterusnya mendapat keberkatan.



No comments:

Post a Comment