Monday, 26 October 2015

Aktiviti Mingguan: Punca Keruntuhan Tamadun Analisa Terhadap Kisah-Kisah Nabi





SURAH AL-BAQARAH , AYAT 50 (2 : 50)
(50) Dan (ingatlah) tatkala Kami belahkan lautan untuk kamu, maka Kami selamatkan kamu dan Kami tenggelamkan kaum Fir'aun padahal kamu melihat sendiri.






SURAH AL-ANBIYA , AYAT 76 (21:76)
(76) Dan (ingatlah kisah) Nuh, sebelum itu ketika dia berdoa, dan Kami memperkenankan doanya, lalu Kami selamatkan dia beserta keluarganya dari bencana yang besar.








SURAH AL-HAJJ , AYAT 45 (22:45)
(45) Maka bukan sedikit negeri-negeri yang Kami binasakan dengan sebab kezaliman penduduknya, lalu runtuh ranaplah bangunan-bangunannya; dan bukan sedikit pula telaga yang telah terbiar, dan istana yang tersergam (telah kosong, ditinggalkan).





SURAH ASY-SYU'ARA , AYAT 65 (26:65)

(65) Dan Kami selamatkan Nabi Musa serta orang-orang yang bersama dengannya, semuanya.

Aktiviti Mingguan: Matlamat Membina Sebuah Tamadun

MENJAGA HUBUNGAN DENGAN TUHAN

Tamadun Islam mengatur dan menyempurnakan hubungan manusia dengan Penciptanya iaitu Allah S.W.T melalui rukun iman yang enam, rukun islamyang lima, doa,zikir, taubat, tasbih, jihad, amar makruf, nahi mungkar dan sebagainya.  Ia juga dikenali sebagai ibadat khusus. Ibadat sebenarnya merupakan fungsi utama manusia sebagai khalifah Allah S.W.T di atas muka bumi ini.Hal ini diperjelaskan oleh Allah S.W.T dalam ayat, terjemahannya:

(surah al-Baqarah 2:30)
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): “Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?”. Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya”

          Beribadat kepada Allah S.W.T merupakan tanda kesyukuran manusia terhadap kurniaan rahmat dan nikmat Allah S.W.T yang tidak terhingga dan ternilai banyaknya. Kehidupan manusia di dunia ialah sementara dan merupakan jambatan untuk menuju ke akhirat . Kehidupan akhirat lebih kekal dan abadi. Hidup di dunia terhad dalam jangka masa tertentu yang diberikan oleh Allah S.W.T kepada manusia untuk menyediakan bekalan secukupnya untuk kehidupan akhirat yang lebih kekal dan abadi. Bekalan itu ialah beribadat kepada-Nya.
  
Oleh itu, perhubungan dengan Allah s.w.t adalah yang paling unggul, bahagia dan suci murni. Di samping itu, hubungan dengan Allah ada implikasinya tersendiri:

-Pengiktirafan terhadap pencipta
-Pengiktirafan terhadap keagungan pemerintahan-Nya dan kebesaran kekuasaan-Nya
-Pengiktirafan terhadap nikmat-nikmat Allah
-Menyedari dan mengharapkan rahmat Allah
-Penumpuan kepada Allah melalui permohonan dan doa

-Cinta dan rindukan Allah sebagai matlamat


MENJAGA DIRI DAN NYAWA

Nyawa merupakan kurniaan Allah SWT untuk memberi peluang dan bekalan kepada manusia untuk mengabdikan diri kepada-Nya. Lantaran itu, dalam membina tamadun dan kemajuan, ajaran Islam menekankan penjagaan nyawa manusia. Justeru, jiwa dan nyawa manusia milik mutlak Allah SWT, sedangkan manusia adalah pemilik secara nisbi sahaja, maka mereka mestilah memelihara nyawa sendiri dan orang lain. Penekanan ini menyebabkan Islam mengharam membunuh diri dan melakukan pembunuhan kepada orang lain seperti: 

Sehubungan itu, dalam membina kemajuan dan peradaban, Islam juga mengharamkan tujuan kemajuan adalah untuk kemusnahan seperti pembinaan senjata nuklear dan kimia untuk membunuh orang lain atau membawa kehancuran.

MENJAGA HUBUNGAN SESAMA MANUSIA

Manusia tidak dapat hidup bersendirian, lebih-lebih lagi dalam membina tamadun dan kemajuan. Justeru itu Islam menggariskan peraturan dalam membina hubungan tersebut dengan menghayati segala sifat terpuji dan menjauhi sifat tercela. Sifat yang dituntut oleh Islam antaranya saling membantu pada perkara takwa dan kebaikan dan tidak membantu pada perkara dosa dan keburukan seperti: 

(surah al-Maidah: 2)
“…....  Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya.


MENJAGA HUBUNGAN DENGAN ALAM SEKITAR

Dalam usaha pembinaan tamadun perlu juga menitik beratkan hubungan antara manusia dengan alam sekitarnya.
            Di atas muka bumi contohnya terdapat pelbagai haiwan yang liar dan jinak yang boleh diternak bagi dijadikan makanan yang enak dan berkhasiat. Tumbuh-tumbuhan pula dijadikan oleh Allah S.W.T untuk membolehkan manusia mendapat kenyamanan berteduh di bawahnya,dijadikan bahan binaan rumah, perabot dan buahnya pula boleh dijadikan makanan yang lazat. Di dalam perut bumi pula terdapat pelbagai galian yang boleh digunakan untuk pelbagai tujuan dalam industri berat yang menghasilkan pelbagai kenderaan, alat binaan rumah, perhiasan dan lain-lain lagi. Hal ini diperjelaskan oleh Allah S.W.T seperti:
(Surah Al-An'aam 6:99)
Dan Dialah yang telah menurunkan air hujan dari langit lalu Kami tumbuhkan dengan air itu segala macam tumbuh-tumbuhan,maka Kami keluarkan daripada tumbuh-tumbuhan itu tanaman-tanaman yang menghijau. Kami keluarkan daripada tanaman yang menghijau itu butir-butir yang banyak dan daripada mayang kurma yang mengurai tangkai-tangkai yang menjurai. ( Dan  daripada air itu Kami keluarkan pula ) kebun-kebun anggur dan Kami keluarkan pula zaitun dan delima yang serupa dan yang tidak serupa. Perhatikanlah buah-buahnya pada waktu pohonnya berbuah dan ( perhatikan pulalah ) kematangannya.Sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda-tanda kekuasaan Allah pada orang-orang yang beriman.



Tamadun Islam mewajibkan agar manusia yang mengusahakan sesuatu yang boleh membawa kepada kesejahteraan kehidupan mereka di atas muka bumi ini melalui sumber alam yang sedia ada. Dalam masa yang sama mereka berkewajipan memastikan agar kegiatan itu tidak merosakkan dan memusnahkan alam sekitarnya serta membunuh kehidupan lain seperti haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Pembangunan yang digalakkan ialah yang mesra alam.